MASAK SIAKAP STIM LIMAU & KAILAN DAGING TETEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

KESIAN betul tengok daun ketumbar layu dalam peti sejuk. Pak Inchenya pun, dah beli diletak gitu-gitu aje dalam chiller, tak rendam akarnya dalam air. Tapi, Sk syak, daun tu memang dah lama kat luar sebab Pak Inche beli dari pasar tani agaknya. Dahlah cuaca kat luar tengah panas, kan.. balik pasar tani singgah kedai pulak beli sayur baby kailan, manalah tak kiok daun ketumbar tu, hahahaha. Jadi, Sk memutuskan untuk memasak malam tadi.. haishhh.. bukan selalu eh mambang rajin ni datang.. kalau dah terbang ke sanun, memang susah dia nak pulang ke Tanah Jauhar, hahahaha.

Siakap Senohong RM13 seekor beli kat pasar tani. Pak Inche minta belah butterfly, tapi abang yang siang ikan tu belah dari atas. Dia kata, kedai tomyam selalu belah dari atas, sabar ajelahhh. Tapi Sk tahu, sebenarnya belah dari atas lagi senang dari belah dari bawah, tu yang dia degil jugak nak belah dari atas tu agaknya. 



Sos Stim Limau beli ready made kat Jusco. Dulu kemahen susah payah beli kat Kelantan rupanya kat Aeon pun ada jual, hahaha. Kalau sebelum ni, SK curah terus sebotol dalam ikan, kali ni, Sk bancuh dalam mangkuk lain, guna setengah botol aje, tambah setengah gelas air, sedikit garam dan sesudu gula pasir, kacau hingga larut baru tuang atas ikan.


Lepas maghrib baru mula masak. Baby Kailan wajiblah ada, kan.. Pak Inche pesan suruh letak daging pulak, sebab tuari dah masak Baby Kailan letak sotong, kan. Kebetulan Sk ada sikit lagi daging tetel yang dah siap rebus, jadi guna daging tetel aje la. Daging tetel tu dah rebus dari Hari Raya Puasa, Sk asingkan bahagian berlemak dari daging yang nak dimasak Rendang Untuk Raya Puasa. Kononnya nak masuk dalam dalcha. Sampai laaa.. bayang dalcha pun tak nampaklah nampaknya sebab daging tetel pun dah wassalam. Masuk dalam Sambal Cengeng la, masuk dalam mee goreng la, nasi goreng la, hahahaha.


Kukus guna Marble Multi Cooker ni. Periuk ni memang Sk guna khas untuk mengukus. Sebab jarang guna simpan dalam kabinet, memang bercinta la nak keluarkan. Tak boleh letak atas kabinet sebab ia makan ruang. Abaikan la ya pemandangan di belakang tu, hahaha.


Okey, kita kukus dia dalam 20 minit.


Sementara tu siapkan meja dan ruang untuk letak ikan. Cili padi potong letak kicap cair kena ada. Kalau tak ada, tak lengkap macam kita makan kari ikan tak ada sambal belacannnnn!


Alhamdulillah... sedap sangatlah Siakap Kukus Stim Limau dan Baby Kailan Daging Tetel ni. Pak Inche semalam balik kerja singgah kedai beli daun ketumbar baru, hihi.  Alkisahnya, Restoran Ainoni yang selalu kami pergi tu, tutup dari Raya Haji sampai semalam pun tak buka-buka. Tu la yang terpaksa masak macam kat kedai tomyam, hahahaha.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak yang ni lagi sedap dari kedai tomyam

    ReplyDelete
  2. Isshh...issshhhh abang siang ikan tu nak kena rotan! Orang minta belah butterfly dia belah dari atas pulak ye.
    Si mambang tu cepatnya tenggek kat Tanah Jauhar ye SK.

    ReplyDelete
  3. Wahhh.... sedap nampak ni.. Tapi hari tu pun LeYa baru juga lepas masak Siakap Stim Limau... hehe...

    ReplyDelete
  4. Restoran Ainoni tu kedai Thai ke? Derang biasa cuti tutup sebulan 😄

    Eh..sama la, saya pun guna pes stim limau tu. Mudah.

    Presentation hidangan Sk pun dah macam kat kedai ni 👍🏽

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak pes limau tu tp tak pernah teragak nak beli.

    ReplyDelete
  6. Eh betul la..x banyak kedai tomyam bukak...lama nau cuti diorang ni..macam mana nak maju ni...hahahaha....

    ReplyDelete
  7. suami saya tak suka kalau stim tak goreng dulu ikannya. dia suruh goreng dulu, tapi jgn kering sangat. pastu baru buah kuah steam nya... renyah.. gi je lah makan kat kedai..hahaaha

    ReplyDelete
  8. Antara menu yang saya fail ...suka ikan steam ni tapi tak pandai masak..nanti nak try lagi la ikut cara SK

    ReplyDelete
  9. Baru tau ada pes stim limau ni hahaha! Ketinggalan zaman betul la saya ni 😜 nak cari jugak la, lain kali senang nak masak siakap stim.

    ReplyDelete
  10. Sedap lauk ikan siakap stim limau bergandingan dengan kailan daging. Eh eh, baru tahu ada jual pes dalam botol. Lagilah senang kerja masak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!