MELAWAT KAK DI KL

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT


ALHAMDULILLAH
Ambil kesempatan cuti Awal Muharam, menziarah kak di KL. Kak kini sedang mendapatkan rawatan lanjutan susulan dari pembedahan yang pernah Sk ceritakan sebelum ini di Hospital Putrajaya.


Dalam perjalanan, nampak orang jual kuih-muih sarapan di tepi jalan. Beli kuih tak tahu nama ni. Bahannya biji sagu yang digaul kelapa dan di tengahnya di letakkan inti gula merah. Macam rasa kuih abok-abok. 


Kampung Bharu terkenal dengan Bubur Lambuk ketika bulan puasa, kan. Baru tahu, masa bukan bulan puasa ni ada jugak Bubur Lambuk dijual masa sarapan.


Tepung Pelita ni pun sedap giler. Semua harga kuih sebiji 60 sen. Yang dah peket-peket tak pasti kira macam-mana. Selain tu beli jugak kuih keria dan roti gulung inti kentang buat buah tangan. Jangan tidak-tidak kata orang tua dulu-dulu.. hihihi.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Yang kuih rasa macam abok-abok tu kalau di LD dipanggil kuih rangin. Bahannya hanya tepung pulut dengan kelapa parut, masuk dalam bekas dan tengahnya bubuh gula merah. Yang SK beli tu guna biji sagu ye.

    ReplyDelete
  2. Ooo dah dipindahkan ke KL ye? Semoga semuanya dipermudahkan buat Kak 🤲
    Tak tau nama kuih tu, tapi pernah nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sbb di Kuala Ketil tak ada siapa nak tengok² kan

      Delete
  3. Macam-macam kuih beli.
    Moga Kak Puan SK sembuh sepenuhnya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, rambang mata dibuatnya nengok kuih, hihi. Terima kasih doanya.

      Delete
  4. Pegi Kg Baru je jumpa bubur lambuk kan?

    ReplyDelete
  5. oo gi kl ea SK esok cuti ke keje tu

    ReplyDelete
  6. SK singgah beli kuih-muih dekat Kampung Bharu ke? Macam2 kuih-muih bawak buah tangan. Di KL sapa yg jaga kakak SK?

    ReplyDelete
  7. Macam sedap jer kuih yang pertama tu...semoga Kak segera sembuh...dan dipermudahkan segala urusan rawatan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!