Assalamualaikum WBT
DUA malam berturut-turut eh, pergi Festival Keusahawanan Fiesta Jom Makan & Gegar Usahawan Kecil Bangsa Johor yang diadakan di Uptown Bandar Baru Kangkar Pulai. Ni semua gara-gara tak dapat makan Tongmo Grill, hahahaha. Masuk-masuk jer ke tapak fiesta kami tinjau dahulu bahagian hadapan tapak fiesta. Sk dapati kebanyakan peniaga yang mendapat tapak di hadapan pentas merupakan peniaga asal Uptown BBKP. Sk selalu jugaklah datang makan-makan kat sini kalau nak makan santai-santai aje. Antara Makan Asam Pedas Tetel, boleh baca DI SINI.
Lepas Pak Inche dah aim nak makan apa dan di mana, kami terus ke Gerai Tongmo Grill. Harganya RM15 satu set, samalah macam yang biasa Sk beli sebelum ni..
DI SINI dan
DI SINI, tapi... tungguuuuuuu!
Ada Gerai Dodol.. macam tak ada hati nak makan dodol, raya kali ni pun Sk tak beli.
Kemudian, kami ke Gerai Oysteran Port, sederet dengan Gerai Tongmo.
Pak Inche nak makan Kaki Sotong Kurita!
Harga mengikut saiz
Kecik RM10
Besar Sikit RM15
Besar lagi pun ado, RM20
Pak Inche pilih yang paling besar.. besarnya sebesar lengan budak tadika. Dia kelar-kelar dulu kaki sotong tu sebelum dibakar.
Sambil bakar tu pun dikelar-kelarnya lagi. Tebal betol kaki sotong kurita ni. Ni kalau terserempak kat dasar laut, mahu dicengkamnya kepala kita, hahahaha.
Dah siap bakar, kaki sotong ni dipotong kecik-kecik pulak. Sk tak pernah beli ni, Sk bayangkan nanti nak kena gigit kongsi-kongsi sebatang tu ke macam mana, hahaha. Yang paling kelakar, penjual ni tanya, duduk mana? Sk jawab Pulai Indah. Rupa-rupanya dia tanya duduk kat meja mana, kalau makan situ dia nak potong masukkan dalam pinggan.. hahahaha. Lain kali tanyalah, nak makan sini ke bungkus? Hahaha. Sk mintak bungkus sebab nak makan kat depan pentas, hehehehe.
Kebetulan depan pentas ada dua buah meja segiempat yang boleh memuatkan empat orang, kami pilih meja sebelah meja ni. Baru tahu malam tu ada Konsert Ali XPDC. Yang Sk tahu, malam ni (rabu) ada Siti Nordiana dan malam Sabtu ada Zamani tau!
Sk keluarkan kaki sotong kurita dulu. Ada hirisan lemon untuk diperah pada sotong dan yang dalam bekas kecik tu bawang goreng. Hurmmm.. sedap jugak dan berpatutanlah bagi Sk harganya RM20 tu, benda susah dapat, kan. Cuma, tentu lebih sedap kalau dia bagi sos Thai hijau tu.
Nak nangis bila buka bungkusan tongmo. Alat-alat tongmo dua ketul aje, tak ada salad langsung macam yang kami pernah beli sebelum ni.
Pak Inche makan Yee Mee Sizling, RM8, add on telur jadik RM9.
Sk ajak Pak Inche tunggu konsert Ali XPDC. Dalam itinerary kat pentas tu, konsert mula jam 9.
Bukan lapar tapi bosan tunggu.. SK pesan lempeng, RM5. Kakak tu tanya, nak sambal merah atau hijau, nak dua-dua boleh? Kalau nak dua kena tambah seringgit, ok, boleh jer, jawab Sk. Tengok sambal tu membumbung banyak, rupanya kat bawah sambal ada ikan bilis halus goreng. Lempeng tu ada empat keping, ok lah, banyak jugak lempengnya. Cuma sambal hijau tu ada rasa 'karen' sikit. Tahu tak cemana rasa current? Rasa macam dimasak dalam periuk atau kuali yang bagi effect rasa lain pada makanan.
Eh, tunggu punya tunggu ... dah dekat 9.30. DJ promosikan gerai-gerai, dia sebut Cempedak Goreng, terus Pak Inche bangun cari Cempedak Goreng. RM10/ 8 bijik, pehhhhh.
Akhirnya Ali XPDC sampai.. dan lalu depan meja kami. Pukul 10 la konsertnya. Sk pun lupa konsert pukul 10, hahahaha. Sementara tunggu tu, kami dah macam kat kedai mamak, dok order air dari gerai belakang meja, teh o panas la, teh tarik la, laicikang la, hahahaha.
Layan dari meja aje.. mc sibuk panggil penonton berdiri depan pentas. Ali XPDC lahir tahun 1968, dua tahun tua dari Pak Inche. Dah remaja purba, nampaknya macam-macam penyakit menjelma. Penganjur sediakan kerusi jugak kalau dia tak tahan berdiri la, duduk jugak beliau sekejap. Baru la Sk kenal Ali XPDC sebab XPDC tak masuk dalam senarai band yang Sk minati. Pak Inche lagi la,layan lagu omputeh jer dulu-dulu. Masa lagu ketiga, kami pun balik.
Orang masih ramai ya.
Nanti nak datang Konsert Zamani pulak, hahahaha.
aduiii kak tergelak saya baca duduk pulai indah...hahaha jenuh pula budak tu nak mengantar ke sana
ReplyDeleteKalau dia tanya, tinggal kat mana, barulah jwb Pulai Indah kan, akak la yg salah, hahaha.
Deletewewitttt ada org tiap mlm dating sambil makan-makan... hihihi... sotong kurita tu teringin pulak nk rasa
ReplyDeletehahaha.. jangan jeless
DeleteUntung la dapat tengok Ali nyanyi....
ReplyDeletetulah, tengok free pulak tu. Ahad ni dia ada show kat Sg Wang tak silap, tiket RM98.
Deletemenariknya menu² dia. geram pulak tgk kaki sotong kurita tu..ishh.. tongmo tu dah lama nak cuba tapi xde rezeki lg. Masa nmpk gerainya, tgh kekenyangan baru lepas makan..Bila dicari, tak muncul pula .
ReplyDeleteMemang susah nak jumpa org jual Tongmo hari2, tapi tak silap kat Muar ada yg jual hari2.
DeleteDah sihat dah Ali, ye. Dulu baca, dia makan dari tiub, ada kena terbakor, tak silap. Best la, tengok show sambil makan. Rare tu, sotong kurita. Saya masih belum cuba makan tongmo bakor.
ReplyDeleteOh, tragis jugak kejadian yg menimpa beliau ya. Memang nampak kesihatannya agak kurang sikit, rupanya begitu kisahnya.
DeleteAmmi peminat tegar XPDC dari zaman lagu CINTA tu. Dari arwah Mael membawa ke abg ali.
ReplyDeleteSekali bila dah kahwin ngan suami baru tau...Ali ni kawannya. Ahakss.
Kita suka lagu CINTA tu, tapi tu la, tahu lagu jer. Arwah Mael tu, dah meninggal baru sy kenal yg mana satu.
DeleteKaki sotong tu nampak menarik..liat tak?
ReplyDeleteTak liat, SA.
Deletekecewa jugak nengok rupa tongmo itu kak oi... tp kaki sotong tu mengoda sungguh lahai...
ReplyDeleteTulah, alat2 jer macam tu tergolek2, hahaha.
Deletesedapnya tongmo...tak best kan sambal rasa 'karen', ada unsur2 lain..
ReplyDeletehaaa.. jadi tak best nak cicah. tau amek sambal merah jer.
DeleteApa rasa kari sotong kurita tu SK? Liat tak?...
ReplyDeletePH selalu tengok orang jual tongmo tapi tak pernah beli...
Sotong tu rasa sotong lagi.. tak liat, kenyal yg boleh dikunyah hancur.
DeleteTak selera nak layan konsert, yang penting berselera ratah kaki sotong kurita.
ReplyDeleteTongmo togel memang menyedihkan.
Hahaha..saya pernah kena..
ReplyDeleteBeli tongmo..sampai rumah bika bekas tu tak sampai hati nam makan...dapat tongko saiz duit sying 20 sen ada 5 keping RM10..mwmang invat sampai bila2🤣
Selagi ada dan berbaloi tu, bolehlah repeat kan. Macam sedap nampak kaki kurita tu. Hahaha..hadoii kak, tergelak juga saya. Yelah kan, tanya lah betul-betul. Nak makan duduk meja mana. Kan straight to the point. Tongmo tak pernah makan lagi.
ReplyDelete