NASI MINYAK AIDILADHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

BERAKHIR sudah sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Sk teringat Iman cerita, masa sekolah dulu, ustaz yang mengajar kelas Iman, marah, apabila anak murid sibuk nak beraya (Syawal) sebulan. Menurut ustaz, Hari Raya Aidilfitri cuma disambut pada 1 Syawal iaitu bagi meraikan kemenangan sebulan berpuasa. Sebaliknya, Hari Raya Aidiladha pula, diraikan selama empat hari yang mana, keempat-empat hari itu, kita diharamkan berpuasa sedangkan 2 Syawal hingga 30 Syawal kita dibenarkan berpuasa. Tapi, orang kita sibuk nak beraya sampai sebulan, malah lajak sampai habis bulan. Wallahu'alam.

Pagi Hari Raya Haji hari tu, Sk panaskan Kuah Soto yang Sk masak untuk hidangan malam raya. Kemudian, rebus lagi baki ketupat mini dan kukus ketupat palas frozen. Kalau dalam family Sk, apa yang dihidang pagi raya, itulah yang dimakan berulang-ulang sampai petang. Tapi, lain pulak cara dalam keluarga mertua Sk. Mereka akan hidangkan nasi berperisa waktu tengahari seperti nasi tomato. Jadi, memang wajiblah sediakan nasi sebagai hidangan berat. Tahun ni, Pak Inche tak nak nasi tomato, nak nasi minyak aje dengan Kurma Daging dan Ayam Masak Merah. Sk masak dalam periuk noxxa, senang dan gerenti jadi. Periuk-periuk nasi elektrik yang besar-besar, semua dah jadi tukun. Kalau nak masak nasi putih, okey jer, tapi, kalau masak nasi berperisa, suis automatik dia selalu tak automatik, hahaha. Belum lagi nasi kering, dah auto off, hasilnya nasi mentah atau jelatah, nak masak manual atas api, lagilah Sk tak pandai, hahahaha.

Di sini Sk kongsikan cara Sk memasak nasi minyak guna periuk noxxa (model lama)

Nasi Minyak (Periuk Noxxa) 
(Hidangan 12 orang)

Bahan-bahan :

6 pot beras basmathi (cuci bersih dan rendam anggaran 20 minit)
2 pot susu sejat + 7 pot air biasa (satukan)
2 sudu besar minyak sapi
2 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah dimayang halus
1 cawan kismis
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
(Siapkan semua bahan sebelum mula memasak kerana periuk noxxa cepat panas)

1. Hidupkan periuk noxxa, set Stir Fry - on

2. Masukkan minyak sapi, apabila minyak sapi cair, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan bawang merah dimayang halus, tumis dan kacau sehingga bawang layu.

3.  Masukkan kismis, kacau.. kemudian masukkan beras, kacau. sekejap. Matikan fungsi stir fry.

4. Tuangkan air dan susu yang disatukan, masukkan garam secukupnya bergantung jenis garam. Rasa dahulu masinnya cukup atau tidak.

5. Tutup periuk, letakkan tombol pada pressure. Kemudian set Slow Pressure atau SP 10x.

6. Apabila cukup masa, lepaskan wap sehingga habis, kemudian buka periuk, gemburkan nasi.

Nasi Minyak paling sedap dilawankan dengan masak kurmak sama ada daging atau ayam. Sk masak Daging Kurmak sebab ada Ayam Masak Merah. Nanti buat post lain resepi Daging Kurmak ni, hehehe.

Aaaaa.. kenapa tah tak perasan gambar Ayam Masak Merah ni kaburrrrrrrrrr.. hahahaha. Masa nak masak ni, Sk teringat ada simpan Pes Masak Merah dalam freezer. Disebabkan malas nak kisar cili dan bawang (stok kisar dah habis masak rendang), Sk defrost pes Ayam Masak Merah Utagha yang Sk sejuk bekukan sebab banyak giler hasilnya masa dah siap tumis tu. Sebelum masukkan ayam, Sk ketepikan semangkuk dan simpan dalam freezer. Sedar tak sedar dah dekat setahun rupanya simpan. Sk masak masa Hari Raya Haji tahun lepas, hahahahaha.

Boleh baca ceritanya DI SINI. makan dengan Nasi Minyak Terengganu.


Tapi, lambat la makannya. Pukul 2.45 baru siap hidang. Kalau kat Kuala Ketil, pukul 12 tengahari dah makan, hahahaha. Masa arwah mak mertua Sk sihat dulu, dari sebelum subuh dah dengar mak bertukang kat dapur ya. Tak usah hari raya, kalau Sk balik masa cuti semester pun, dari pagi sampai petang, ada jer benda nak dimasaknya nak bagi makan kat anak menantu hantu, hahahaha. 


Pak Inche makan Nasi Minyak ke.. Nasi Tomato ke.. nak jugak ada Ayam Goyeng. Ayam tu Sk cuma perap garam kunyit jer, tak adalah berempah bagai sebab Pak Inche tak minat. 


Beli timun aje untuk Acar Jelatah. Kebetulan masa balik Kedah tuari ada beli nenas MD2 di Pesta Makanan dan Buah-buahan Baling, kan. Nenas tu Sk dah kopek dan potong, jadi ambil yang tulah, hiris lagi kemudian campur dengan timun dihiris nipis juga dan cili api. Suruh Iman masukkan sikit garam, sesudu gula pasir dan sesudu cuka, gaul. Iman belum boleh diharap lagi bab masak-masak macam ni, tapi, lepas makan, memang Sk tinggal jer pinggan mangkuk nanti dia akan cuci semua dan kemas lap meja sekali. Yang penting, sinki kena kasi clear kalau tak nak dengar bonda panggil kuat-kuat sebut nama penuh, hahahahahah.


Alhamdulillah, kenyang satu rumah. Petang tu, baru Angah anak-beranak sampai. Sibuk dari pagi merendang ayam tua katanya. Lupa pulak nak ambil gambar rendang ayam tua dengan sambal goreng Angah bawa, tenkiu Angah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ayam goreng tidak boleh hilang rupanya.

    ReplyDelete
  2. Aduh sedapnya lah nampak nasi minyak ni. Terima kasih sebab share.

    ReplyDelete
  3. alahai... apa ni ? goda orang dengan nasi minyak pulak ni... ni yang kena buat jugak ni

    ReplyDelete
  4. Kita so far belum lagi masak menu lain Kak, mesti nak ketupat dan lauk pauk raya laa.. nanti ingat nak tukar atau tambah gakk laa menu nasi minyak ni..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya nasi minyak!
    Sedapnya semua lauk-pauk!
    Pandainya SK masak guna periuk NOXXA.
    Ya Allah! Saya tak pernah guna periuk NOXXA. Masih lagi dalam kotak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!