Assalamualaikum WBT
BANYAK betul kereta atas jalanraya pagi ini. Walaupun banyak kereta tapi pergerakan lancar. Walaupun banyak kereta, tak ada jumpa kereta orang gila yang memandu ikut suka hati dia aje macam dia seorang nak cepat!
Hari ni, Sk nak bawa pembaca ke One Chopati yang terletak di Setiawangsa berhampiran Stesen LRT Setiawangsa. One Chopati ni berhadapan dengan rumah abang ipar Sk, tapi kena naik jejantas la.. seberang jalan, ahhh.. mengah.. lama tak naik jejantas, hahahaha. Meh tengok menu.
Set Capati dan Poori serta T-Poo.
Risau kena tipu jer nanti, hahaha.
Ada set single dan ala carte juga set dulang jika nak makan ramai-ramai anak-beranak.
Ada roti UFO dan Roti Mat Benggali
Roti Turki dan Roti Tip-Top.
Di dinding juga digantung poster-poster menu. Nampak menarik Roti Turki tapi bila order tak ada. Yang ada capati dan poori aje. Ahhh.. buku menu tipu rupanya.
Ada nasi kenyang konon!
Sk ambil Poori Single dengan Sardin. Kuah sardin sedap tapi sardinnya cenonet, dia bagi sepotong besar jari kelingking jer. Poorinya licin dan kembungggggg betul!
Abang Samad minta poori double dengan sardin jugak. Jadi, kuah sardin dapatlah dua dengan dua ketul potongan ikan sardin cenonet.
Athira, anak Abang Samad, makan poori tanpa kuah. Abang Samad suami Kak Roz. Kak Roz kakak Pak Inche. Kami datang berempat jer.
Poori tu selepas dipecahkan nipis aje, betul-betul macam belon. Tak sama macam poori yang biasa Sk makan. Abang Samad kata, kat sini poori mereka buat dari tepung gandum. Kalau yang berisi tu dibuat dari tepung kacang dhal. Abang Samad ni ada latarbelakang F&B, banyak benda la dia tahu pasal makanan ni.
Orang lain semua dah habis makan, tak sampai-sampai ke meja capati Pak Inche. Tengok staf kedai semua tengah relaks, rupanya, dia terlupa. Capati dorang dah masak siap-siap masuk dalam termos makanan tu. Capati datang dengan keema, keema tu sedappp, capati rasa biasa aje. Sedap lagi capati di Naseeb Capati.. oh, belum blog lagi makan di Naseeb Capati 😆.
Koyak-koyak dah resitnya.. hahaha.
SK ada di Lembah Klang ke? Maaf, kalau tertinggal ketapi...
ReplyDeleteDah balik PH. Kita datang sana masa cuti Awal Muharam.
DeleteSelamat meroti
ReplyDeleteSelamat sudahhhh, wak
DeleteCapati dan Puree ni biasa makan yang t-poo tu macam mana pula gaknya roti dia.
ReplyDeleteT-poo tu tak ada pun.. tipu memang, hahaha
DeleteSelalu lalu kedai ni sebab tak jauh dari kafe kucing tempat kiteorg selalu bawak kucing kiteorg Louis lepak & main dengan kawan2 baru.
ReplyDeleteYesss.. kita nampak cafe kucing tu 😍
DeleteNasi kenyang? keh keh keh
ReplyDeleteHihihi
Deletesampai sini dah dia.... memang best kan chopati ni terkenal kt sini
ReplyDeleteTulah biras ajak sbb dia taw Pak Inche suka capati.
DeleteNama-nama menunyanbikin penasaran🤣
ReplyDeleteAduhai...nampak sedap semuanya tu ha..selalu SA perasa Pak Inche punya makanan lambat sampai kan..kadang SK dah habis makan, makanan dia x sampai lagi...kesian Pak Inche..tapi kalau x mengamuk x pe..hehehe
ReplyDeleteBanyaknya pilihan!
ReplyDeleteKalau saya mesti nak selalu datang, boleh cuba setiap menu.