Assalamualaikum WBT
SAJA demand dengan Pak Inche, ajak menginap di Hotel Tamu Kuala Lumpur gara-gara baca blog seorang blogger. Tapi ya ampunnn maaf dipinta, mensuci hening dosa.. Sk lupa betul blog mana yang Sk baca tu, cuma Sk wishlist, kalau datang KL nak menginap di sini. Tahulah, Pak Inche tu, anxiety dia datang kalau masuk jalan KL.. hahahaha. Okey pulak dia bila Sk ajak menginap di sini tapi asyik tanya aje, okey ke hotel tu, kat mana hotel tu. Jammed tak area tu, parking macam mana.. Samalah macam Cik Abang Kak Amie yang kat sanun tu.. takut sangat kalau tak nampak kereta depan mata, tak lena tidur nanti, hahaha.
Parking Tingkat 5. Atas faktor usia dan dah beberapa kali sebelum ni asyik lupa tingkat berapa, ambil gambar tembok siap-siap.
Teruja tengok bangunan KLCC di sebelah kiri dan Menara KL di sebelah kanan. Ni masih di car park lagi.
Tunggu lif turun ke lobi lama sangat.. kita tangkap lagi satu pic.. huhu.. awat hang macam peghak ja, Sk.. hahaha.
Daftar masuk lagi 9 minit nak pukul 12 malam memang tak ada tetamu lain la. Proses check-in agak cepat juga, Pak Inche buat tempahan melalui Booking.com dan rupa-rupanya semua bayaran dah selesai melalui aplikasi tersebut. Biasanya, pay later.. agaknya sebab dah lambat sangat check in jadi ia automatik pay now, hahaha.
Bila nampak sejadah-sejadah dan notis yang diletakkan, Sk dapat rasakan hotel ini mesra muslim. Betullah.. dalam bilik air (bilik tetamu) ada disediakan pili untuk berwudhu'. Tak payahlah angkat kaki ke atas sinki atau siram kaki guna shower semasa berwudhu'. Kalau shower mudah alih tak apa, kalau shower yang melekat di dinding?
Selepas diberikan kad akses bilik, kami ditunjukkan arah lif. Oh, tak sama lif yang kami naik sebelum ni rupanya. Tengok di papan tanda tu, kami menuju ke Residence Guest Rooms di tingkat 35... tinggi tuuuuu.. macam tak pernah lagi duduk hotel dapat aras 35, residence la pulak tu 😝.
Keluar jer lif, terkejut terus. "Bilik apa babah booking ni???"
Bilik 3504. Suka tengok sarung kad ni warna ungu dengan tulisan perak.
Makin peghak tengok benda ni.
Selalu tengok dalam k-drama, rumah orang kaya atau apartment mesti ada benda ni, hahahaha. Kemahen laki bini dok main tekan-tekan tanya, awak siapa... datang nak apaaa? 😜😜😜
Walaupun begitu, hiasan dalaman dan perabot agak old school. Bilik mandi pun biasa aje tidaklah mewah dan gah, pancuran air laju dan yang best juga tidak tersumbat atau air bertakung masa guna sinki atau bilik mandi. Teruja tengok kitchen tapi tak sempat nak guna pun macam masa
Menginap di Fraser Place Puteri Habour dulu. Teh, kopi, gula pun lupa nak cekut bawa balik, hehe.
Alaaa.. KLCC tak nampak sangat pulak. Sungguh-sungguh menyelit tepi dinding nak tangkap pic KLCC dari tingkat 35.
Menara KL jelas, lepas tu cari Pak Inche, dengar suara orangnya tak ada kat mana-mana. Rupa-rupanya ada balkoni laaa..
Gayattttt.
Sempatlah selfie ngan KLCC sebelum lampu KLCC padam. Dah pukul 12 malam rupanya.
Apo?? Pukul 12 malam main bola???
Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan, mungkin itu pesanan dari Housekeeping.
Medan Selera Kampung Bharu, kat depan hotel jer.. tu salah satu faktor kenapa Sk nak menginap di sini sebab senang nanti nak pergi makan. Ingatnya nakk makan Nasi Lemak kat Kampung Bharu Tapi,
Nasi Lemak Wanjo dah habis.
Suraya Seafood pun dah kemas-kemas. Mana mahunya Pak Inche nak makan Nasi Berlauk kat Kak Som tu.
Sebenarnya sampai-sampai jer Pak Inche dah tegur kedai ni. Adoi, tak faham.. hahaha.
Terpaksa ke sini jugaklah.. layannnnn.
Bihun Sup Urat Keting semangkuk.
Tuang cabai.
Begitulahhh..
Sk minum Teh O Laici jer... merajuk ngan Kampung Bharu!
Tangkap pic hotel dari pintu gerbang Kampung Bharu.
Esoknya, turun awal untuk sarapan di Restoran Suasana di Tingkat 27.
Pinggan pertama..
Pak Inche membebel sebab tak ada Nasi Lemak, hahahaha. Mana boleh buffet sarapan hotel tak ada nasi lemak. Memang kena black list la!
Tapi ada Nasi Kerabu. Nasi Kerabu asas sahaja. Lauknya Ayam Goreng Berempah. Jangan pulak harapkan nasi kerabu macam di
Warung Kak Yah atau
Restoran Che Yah Pantai Timur. Bagi Sk, nasi kerabunya tak mengecewakan, tapi, kalau orang tak makan nasi kerabu?? Nasiblahhhhh.. hahahaha. Karipap dan pastries di sini pun sedap juga.
Sarapan sambil tengok suasana pemandangan dari aras 27. Hujan gerimis melanda Kuala Lumpur nampaknya.
Pak Inche buat story bola.. Persiapan Perlawanan Akhir Piala FA.
Sk tanya Pak Inche, nak mee tak, dia angguk. Sk pun pergilah ke kaunter mee, tengok ada kuey teow.. tapi kuahnya soto. What???? Buat jugaklah kot sedap.. takkkkkkk.. adoi.. tak dapatlah lagi lepas ni nak demand menginap di sini.
Sk ambil Kuey Teow Goreng pulak. Ambil karipap dan cucur badak lagi sebab sedap sangat. Oh, ada capati suku keping tuang kuah dhal. Capati hotel janganlah harap nak sedap, tapi jarang la jumpa Kuey Teow Goreng tak sedap. U know what i mean? Mujurlah sambal tumis tu sedap, kalau ada nasi lemak mesti kena!
Sebelum check out, tangkap lagi pic KLCC.
dan Menara KL. 27 tahun lepas, ingat lagi, Sk ada Kursus Kewartawanan di KL (lupa nama hotel), balik tu boleh sesat sampai ke Menara KL. Dahlah menapak.. nasib baik masa tu berdua dengan kawan. Belum kenal Pak Inche lagi masa tu. Yang kelakar masa tu, ada mat saleh tanya jalan, kita pun sesatttt padahal!
Bukak mode panorama, baru boleh masuk gambar Menara KL dan KLCC sekaligus. Tak tahulah lepas ni ada harapan lagi tak nak menginap di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur ni, hahahaha.
best makan2 di Kampung Baru...layan view tower...blog Ujie yg ada entry Hotel Tamu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSy dah ingat, blog Afzan.. Afzan pulak pengaruh dari Ujie.
Deletesaya pernah menginap disini sebab terpengaruh dengan blog kak ujie...saya suka sebab area situ syurga makanan
ReplyDeleteKuat betul pengaruh rakan blogger ni kan, hahaha.
DeleteTerpengaruh ngan Afzan, dah recall dah, hahaha.
DeleteSk ambik jenis apartment tu.
ReplyDeleteBerani ya keluar balkoni. Saya snap gambo di balik cermin balkoni tu je. Penakut tinggi 😆
Sekejap aje, takut sampai menjerit2 manjah, hahaha.
DeleteAlaaaa...macam nak terpengaruh jer ni...rmaai share pengalaman stay kat Tamu hotel ni...baru nampak Dikbee share
ReplyDeleteBest.. sgt.. tapi tu la.. takde nasi lemak plak masa bfast.
DeleteHotel ni best... sbb makanannya sedap² sanggup x mkn kat luar sebab nk buffet dinner kat hotel masa kursus walaupun malamnya xde slot pun
ReplyDeleteKan.. kita suka nasi kerabu cuma kuey teow dan kuey teow sup dia mengarut, haha.
DeleteRamai bloggers kongsi duduk sini.
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Puan SK. Kelakarpun ada bahagian main tekan butang nampak muka.
Owner Tamu Hotel ni orang kita tak silap SK...
ReplyDeleteSup orang keting tu dapnya ...
Bestnya, dok hotel tinggi-tinggi. View best!
ReplyDeleteTergelak tengok gambor main interkom tu. Kalau saya pun, jakun juga, kot.
Ujie yang ada share, duduk hotel Tamu.
Dekat kelab Sultan Sulaiman tu, ada nasi lemak City Garden. Tak pasti sekarang ada lagi ke, tak.
Foto makanannya menggugah selera
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebaca balik komen saya ni nampak kasar dah la typo.Tapi mgkin sebab kami lalui pengalaman tak seronok masa makan kat sini terua saya komen indah khabar dari rupa..mungkin tidak bg orang lain
DeleteErmmm, boleh masuk wishlist jugak ni. Healing² anak beranak. Hihihi
ReplyDeleteOooo, kitorang ke johor, bonda ke kl ye. Hahaha.
Tingkat 35!
ReplyDeleteAras paling tinggi saya pernah bermalam di tingkat 31. Itu pun di negara China. Seram sejuk naik lift, punyalah laju macam kilat!
Sedap-sedap sarapannya tu SK.
Besarnya biliknya tu, kalau macam ni duduk seminggu pun syok kan? Best tengok gambar yang dikongsikan. Berkerut2 cik abang nya.
ReplyDeleteRasanya Kak Ujie ad review hotel ni kan. Wahh sesekali jadi orang KL kan. Syoknya bilik dapat view KLCC.
ReplyDelete