Assalamualaikum WBT
MASAK seperiuk Kurma Daging untuk dimakan dengan Nasi Minyak. Masa cari post lama tentang Ayam Masak Merah Utagha tu, baru perasan, ada masak kurma daging juga untuk dimakan dengan Nasi Minyak Terengganu. Nampaknya dah dua tahun berturut-turut ni, asal raya haji jer masak nasi minyak, daging kurmak dan ayam masak merah, hehehe. Menu rasmi Pak Inche la ni.
Selalu, kalau nak masak kurmak ni, Sk akan blend tomato, lada hijau dan pokok ketumbar serta masukkan pokok ketumbar selepas menutup api dapur SEPERTI RESEPI INI tapi kali ni lupa betul nak beli daun ketumbar dan lada hijau. Penat sangat memasak dari balik kerja sehari sebelum raya sampai ke raya, asyik berdiri di dapur sampai kembang tapak kaki dan menggigil kepala lutut dibuatnya, hahahaha. Jadi, kali ni Sk masak cara ekspress, macam masak kari. Eh, sebijik macam masak kari la, cuma tak letak daun kari aje, hehehehe.
Orang terer masak ni tak cukup bahan2 pun tetap menjadi jugak masakannya 👏🏻✌🏻
ReplyDeleteMasak kurma SK nampak sedap tu, walaupun katanya cara ekspres gitu.
ReplyDeleteSaya ni masih belum berjaya masak kurma yang sedap, sendiri makan pun rasa biasa-biasa je 😄
Sedapnyaa... nani nak masak gak kurma daging korban tu... lama tak masak kurma sebenarnyaaa
ReplyDeleteYa ampun sedapnya kurma daging.
ReplyDeleteMacam teringin nak masak esok. Semua bahan ada kecuali telur. Kita suka bubuh telur dalam masakan kurma. Kelmarin suruh Encik Suami beli telur, katanya di kedai tak ada telur!