NASI MINYAK & AYAM MASAK MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT

SEPATUTNYA, hari Khamis yang Sk ambik cuti tu, cadangnya nak masak Nasi Minyak tapi sebab memasing dah kenyang makan di Rumah Makan Uwan Bongek, tak jadilah nak memasaknya. Ayam yang dah diperap garam kunyit, Sk masukkan dalam freezer sebab belum tahu bila jadi nak memasaknya. Tapi tengahari semalam, Sk keluarkan semula dari freezer dan letak atas kabinet, biar pada suhu bilik. Walaupun Pak Inche kata nak makan di luar, Sk dapat rasa Pak Inche mesti balik lambat. Begitulah kalau liga dah masuk peringkat akhir, memang tak ada peluang la nak dating laki bini. Baiklah masak dari kelaparan menunggu.


Potong bawang besar siap-siap nak masukkan dalam Ayam Masak Merah kononnya.. siap dah hidangkan dalam mangkuk dan dah rendam kuali, buka peti sejuk nak minum air, nampak elok bawang dalam mangkuk lagi. Ko dah kenapa??? Hahahaha. Tak kuasa la nak masukkan semula dalam kuali. 


Nasi Minyak paling simple dengan sejenis lauk paling asas iaitu Ayam Masak Merah dan Acar Jelatah.

Semalam lupa ambil gambar, sebab dah hampir merajuk tunggu Pak Inche tak balik-balik bawa timun dengan nenas, hahaha. Ni gambar makan tengahari tadi, tu pun panaskan porsi seorang makan jer, taruk terus ayam merah seketul atas nasi. Tu yang rupa dah bergaul nasi dengan masak merah. Ambillah gambar jugak, jangan tidak-tidak 😆.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!