MASAK DULANG WESTERN

Seri Kandi Tanah Jauhar
16

 Assalamualaikum WBT


DUA beranak ni semalam meronggeng ke Aeon Bukit Indah. Sebelum tu, Iman ke kolej dulu tolong menghantarkan kunci bilik kawan dia yang tinggal di Shah Alam. Boleh pulak masa hari keluar asrama tu, kawan Iman terlupa pulangkan kunci, dah masuk highway baru teringat. Jadi, dia pos kunci tu dari Shah Alam, minta tolong Iman hantar ke pejabat asrama. Balik dari kolej la, Pak Inche ajak ke Aeon, beli ayam dan kambing nak panggang untuk makan malam. 


Buat stail Dulang Western la konon. 


Kambing empat ketul dan ayam tiga ketul. Sk goreng fries, yang lain semua Pak Inche masak, berkecahlah satu dapur dibuatnya. Sk pun ikut bersilat la gayanya.


Sos lada hitam Sk buat, bancuh dua sudu serbuk demi glace dengan secawan air, kemudian tuang dalam pan grill bekas panggang ayam dan kambing tu, masukkan sesudu lada hitam tumbuk.


Sk mengembek dulu 😆.
Kemahen.. sampai empat side dish.


 Mashed Potato tu Iman buat.. tapi bancuh yang segera ajepun. Air memang tugas dia la.. kan. Dia kata malam ni air kita special. Rupanya dia tuang 7 Up jer. Kemahen senang kerja kamu ya! Lepas makan rasa nak pengsan. Nak celik mata tunggu King The Land start pun dah tak larat, hahahaha.

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghh puas hati makan kalo camni...boleh menambah2 sesuka hati..hahaha!

    tah iman, tambah la daun pudina ke dua tiga helai bagi special sikit..😝

    ReplyDelete
  2. Eh..betul la air special, sekali tengok macam air kosong je…tapi bila minum, terasa gas2 😁

    Puas hati makan ni Sk, side dish-nya banyak pilihan.

    ReplyDelete
  3. Aduiyaiiii....sedap nampaknya tu ha....

    ReplyDelete
  4. Dappnyaaa SK masak. Ingatkan makan kat restoran, rupa2nya buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. Oklah buat di rumah. Setiap orang ada peranan buat sesuatu.

    ReplyDelete
  6. Rindunya nak makan-makan begini anak beranak. Teringat kalau panggang kambing, Fuad tukang buat sos lada hitamnya.

    ReplyDelete
  7. Tudiaaa...nampak menyelerakan sungguh.Saya pilih lamb tu...
    Makan wester memang kena kalau gu dengan air gas kan...
    Bijak Iman👍

    ReplyDelete
  8. Puas makan kalau buat sendiri kan. Presentation dah macam dekat kedai. Ke lagi helokk dari kedai. Hihihi. Memang special betul ye air Iman tuu. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Perghh kalah kedai ni SK 👍
    Paling penting semua ada peranan masing-masing, itu yg best.

    ReplyDelete
  10. waduh sedap betul nengok rupanya tu kak oi.... terliur betul

    ReplyDelete
  11. sedapnya..grilled lamb + chicken...lengkap sungguh..baru puas makan..

    ReplyDelete
  12. Wahh..ala resto gitu. Masing masing ada tugas ye. Handal Pak Inche memasak. Tapi bab berkecah tu bertabah lah ye. hihi..faham perasaan itu.

    ReplyDelete
  13. Lama pulak tak memasak gaya gini sejak dah tak berapa nak ada orang tukang makan.. nanti nak buatlah, untuk diri sendiri, tambah Ramen sedapnyaaa

    ReplyDelete
  14. masak dan makan kat rumah sendiri...brp side dish kita nak pun ikut suka..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya! Masak sendiri je kat rumah. Puas hati makan. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!