BEKAL NASI AMBENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

SEJAK hari isnin, Sk bawa bekal ke pejabat. Dok korek-korek peti sejuk tu sikit demi sedikit nak bagi lapang. Kesian sampai tak bernafas disumbat macam-macam 😆.. maklumlah, sejak sebelum raya sampai habis raya, baik punya mambang, asyik ajak bertukang di dapur.

Hari isnin, bawa bekal Nasi Lemak. Semalam, bawa bekal Nasi Minyak Daging Kurmak. Setiap tu ada baki sebekas untuk seorang makan. Kalau panaskan dan makan kat rumah, tak cukup la untuk tiga orang makan, jadi, kita bawalah bekal. Yang kat rumah, kita masak lain atau tapau!


Hari ni bawa bekal lagi.. ni semua belen-belen.. hahahah.

Nasi putih Iman masak tengahari semalam, ketupat mini segera baki Soto 9 Zulhijjah tinggal seketul, Sambal Goreng dan Rendang Ayam Tua, Angah bawa masa raya. Mee Goreng beli kat pasar malam semalam, makan separuh aje. Pagi tadi, panaskan semua, masuk dalam bekas ni, jadilah sebekas Nasi Ambeng.. tapi lupa pulak ada serunding, tak dimasukkan sekali.

Pagi tadi dah makan suku, nanti bakinya kita buat makan tengahari pulak.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya nasi ambeng. Rindu pulak nak makan nasi ambeng. Suka sambal goreng yg ada paru 😋

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa....wlau x pandai sanagt makan..SA ni ntah bila nak insaf bawak bekal...

    ReplyDelete
  3. Belen-belen yang serasi ni, terus bergabung jadi Nasi Ambeng! 😀

    ReplyDelete
  4. Meriah juga bekalnya
    Boleh makan ramai tu

    ReplyDelete
  5. Apa makan sikit2 pulak? Portion kecik je tu....

    ReplyDelete
  6. sama la kak biasanya bekal sendiri memang yang belen-belen dalam peti,bekal fresh masak untuk laki&anak je,nak je bekalkan belen-belen jgk utk diaorang tapi tak sampai hati

    ReplyDelete
  7. Sama kita SK.
    Selalu bawa bekal yang belen-belen.....

    ReplyDelete
  8. Bagus juga bawa bekal belen-belen ni. Tinggal panaskan dan bekalkan je. Tak perlu beria sangat nak siapkan. Kalau dibiarkan kat rumah, entah bila nak habis makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!