Assalamualaikum WBT
SEJAK kebelakangan ni Pak Inche dah rajin tapau nasi campur untuk makan tengahari di pejabat. Bila dah makan nasi siang, malamnya tu, dia tak mahu dah makan nasi, nak jaga kesihatan katanya. Tapi, dalam pada tu, terbabas jugak makan Nasi Lemak ðŸ¤. Bila Pak Inche tak mahu makan nasi malam, biasanya kami pergi makan di luar la.
Semalam, cakap dengan Pak Inche, kena jugak masak udang galah yang beli tahun lepas. Dah rupa kayu dah dalam freezer tu. Ikan talapia yang dibeli saing udang tu pun kalau letak sebelah papan, dah keliru, mana papan mana ikan 😆.
Udang yang tinggal ni saiz sederhana, ada doblas ekor. Ada lagi saiz S, yang tu Sk asingkan, nak masak tomyam, hahaha.
Udang Galah Masak Lemak Cili Api
12 ekor Udang Galah
2" kunyit hidup*
15 biji cili api* (*tumbuk bersama)
2 batang serai diketuk
1 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
1 kotak santan (250ml)
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Masukkan kunyit dan cili api yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama serai dan sedikit air, panaskan.
2. Tambahkan 1/2 cawan air dan sesenduk santan. Kacau sebati hingga mendidih.
3. Masukkan udang, biar ia berubah warna, terbalikkan.
4. Tuang lagi santan kotak dan tambah air jika perlu agar tidak terlalu pekat atau cair.
5. Masukkan asam gelugor, garam dan daun limau purut.
6. Biar seketika, kemudian tutup api.
Masa beli udang galah tu, Sk ngendeng ikan talapia ni sekor. Pak Inche kata, dia tak makan. Eh, tak apalah.. bonda nak makan. Pak Inche pun belikan sekor, alaaa.. baru RM7. Terbayang, sedapnya masak lemak cili api atau goreng berlado sekali Pak Inche boleh tanya, bila nak masak. Rupanya, dia pun nak jugak makan sekali.
Tu la yang Sk kawankan talapia ni dengan udang. Sk fikir, lebih senang panggang jer cicah dengan air asam. Eh, macam tahu-tahu pulak Pak Inche, dia boleh tanya semalam, ada buat air asam tak?
Talapianya Sk lumur garam kunyit jer kemudian panggang atas grill pan. Air asam pun memang ada bahan-bahan kat rumah tak payah singgah kedai dah. Cuma yang tak ada, budu, tu Sk ganti dengan belacan. Tapi, guna budu lagi sedap.
Memang sherashi bersama la dua lauk ni. Dan memang betul abang jual ikan ni cakap, rasa talapia ni sedap, tak sama dengan rasa talapia kolam atau tasik kerana talapia ni hidup dalam air payau. Tak ada rasa hanyir atau berpasir langsung. Nampak gayanya memang kena repeat la beli ni nanti.
eh..eh..dah tengok video kat FB, Tiba hari ni ada plak kat sini erk versi blog...mencongkam kalbu kato orang Nismilan..ikan talapia tu gebunyaaaa.....
ReplyDeleteTerus laparrr
ReplyDeleteUishh…menggoda sungguh masakan Sk 😋
ReplyDeleteSedapnya nampak gulai udang dan talapia goreng tu.
ReplyDeleteBertambah hebat duduk dalam pinggan mangkuk kayangan heheheee...
Masa mengandungkan khilfi mengidam ikan talapia size gedang goreng garing2. Tak jumpa yg gedang sebab semuanya size manja2 je
ReplyDelete