Assalamualaikum WBT
MACAM selalulah, selepas kejadian Mi Sup atau mi berkuah lain, mesti akan terjadi Mee Goreng pulak. Hari tu dah masak Mihun Sup ala Tengkera kan.. sayang pulak tengok sawi tu ada sikit lagi. Bihun kering boleh aje simpan, tapi sawi tu nanti terbuang, dari dibuang, kita masaklah pulak Mihun Goreng. Balik kerja (isnin) singgah kedai beli tauge, kuchai dan tauhu nak campak dalam Mihun Goreng.
Lepas tu dok fikir sama ada nak letak daging atau udang, keputusannya letak daging. Dagingnya dah siap hiris, Sk rebus sekejap dalam pressure cooker, maka terjadilah Mihun Goreng seperiuk yang melimpah dengan daging, fish cake, tauhu, tauge, kuchai dan sawi, hihi.
Bagus jugak masak banyak (bakinya tu Sk isi dalam dua bekas berasingan, sebekas buat bekal sarapan pergi kerja esoknya (selasa) dan sebekas lagi buat mengulang makan malam esoknya tu jugak. Selesai mihun goreng seperiuk tak berbaki, baru senang hati tinggalkan jalan-jalan sempena cuti CNY, hehehe.
Selain masak mihun goreng, Sk goreng jugak karipap pusar frozen beli dengan jiran Cik Ani. PI pulak singgah pasar malam, beli kuih seri muka, kuih lapis dan..
Onde-onde, heheheh.
Terasa macam bulan puasa pulak.
Perghhh.. dahsyat betul kali ni, lima hari berturut-turut masak dan makan kat rumah. Dari hari Jumaat, masak Mi Sup, hari Sabtu Nasi Ayam, hari ahad Nasi Lemak Udang Goreng dan hari isnin Mihun Goreng. Hari selasa perangat baki mihun goreng dan Mi Sup pulak. Jimat betul, hahahaha!
Menarik mihun goreng tu penuh dengan bahan tambahan. Lapar pulak rasanya. Kuih lapis tu, masa kecil kami panggil kuih rumah flat.
ReplyDeleteOh, pertama kali dengar Kuih Rumah Flat 😆
DeleteMihun tu full of love sebab banyak bahan-bahan dia. Puas hati masak sendiri.
ReplyDeleteMeriahnya mihun goreng Sk 😋
ReplyDeleteYelah, macam menu berbuka puasa pulak ya 😀