Assalamualaikum WBT
KALAU semalam pergi sarapan di Medan Selera Pasar Larkin, pagi ni pergi lebih jauh sehingga ke Permas sebab nak makan capati di Warung Tujuh Pagi yang terletak di Medan Selera Pasar Tani Kekal Permas Jaya.
Sistem pesanan di sini, terus beratur dan buat pesanan, bayar dan kita akan diberi nombor. Makanan akan dihantar ke meja oleh pelayan. Istimewanya di sini ada pelbagai jenis lauk dan kuah cicah capati termasuklah asam pedas.
Dapat nombor 2 tu bukanlah kami pelanggan nombor 2, entah berapa kali ulang nombor 2 ni tak pastilah. Pelanggan ramai dan tak ada meja kosong, kami berkongsi meja dengan satu pasangan lain yang telah duduk terlebih dahulu. Terima kasih, adik.
Datang sini kena banyak bersabar la, makanan pun boleh tahan lambat. Kami pesan capati seorang dua keping bersama Keema Daging seorang semangkuk, RM20 total.
Keema Daging sedap. Kalau di kedai India Muslim biasanya mereka gunakan daging cincang tapi di sini dia guna daging potong kecik-kecik. Daging lembut dan taklah mengelat dengan kentang. Kuah kari pun sedap, rempahnya ditumis elok sampai garing dan terbit minyak.
Capati pun lembut dan sedap. Eh. Memang sedaplah, nak repeat selalu pakkal jer jauhhhh. Tu takpa, kemahen susah nak cari parking. Dah pusing kat luar sampai dalam pagar pasar pun tetap tak jumpa parking akhirnya keluar semula dan dapat parkir jauh. Memang bercinta!
Kalau susah parking ni mmg malas sikitlah nak datang selalu kan SK...
ReplyDeleteNampak sedap tu daging. Patut la ramai orang. Rasa tak cukup sekeping ni. Hihi
ReplyDeleteserius nampak sedap bebenor keema daging tu!
ReplyDeletesedap tgk keema daging tu
ReplyDeleteDekat dengan rumah Khalaf ni...tapi apesal SA x tau erk..hurm..nak kena babap suami SA ni..keema daging tu nampak sedap betul..
ReplyDeleteSedapnya capati panas..
ReplyDelete