BURGER PINK.. AIR PINK

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

GILIRAN BDR Sk minggu ini pada Ahad dan Rabu. Ya, hari ini patutnya Sk BDR tapi disebabkan tiberrrr ada urgent matter, Sk masuk pejabat setengah hari bagi memastikan laporan disiapkan hari ini. Alhamdulillah, belum tengahari dah siap, sempat makan bekalan yang dibawa sebelum pulang meneruskan kerja di rumah memandangkan hanya 30 peratus staff dibenarkan berada di pejabat.

Sebelum tu, singgah dulu ke Rania Pet Shop membeli makanan kucing dalam tin dan pasir. Pasir yang Sk gunakan untuk kucing sekarang hanya ada di Rania PS dan ini antara jenama pasir kucing yang terbaik Sk pernah gunakan dan setakat ni memang tak tukar pasir lain dah. Nanti Sk review jenama pasir yang kucing Sk gunakan ya.


Jajan untuk kucing dah beli, kenalah jugak beli jajan untuk anak, haha. Teringat Marrybrown ada keluarkan burger pink dan air pink. Sampai depan restoran nampak poster, oh... Egg-Stra Ong Meal edisi terhad sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. Warna pink tu kan warna kegemaran Iman, kenalah belikan jugak bagi rasa walaupun tidaklah istimewa rasa pun tapi Marrybrown tentunya tidak pernah mengecewakan.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, iman pun peminat pink ye...harus jugak la minat sirap bamdung ni.. Hihihi.. Makan dengan burger pink

    ReplyDelete
  2. dah dua tiga org blogger tgk review ttg burger pink ni, nak juga la

    ReplyDelete
  3. Baeu plan nak gi beli, SK dah sambar dulu hikhik..

    ReplyDelete
  4. lama x mkn marry brown... air pink tu air bandung ke kak?

    ReplyDelete
  5. saya pula tengok warna pink tak jadi nak beli. macam sayang pulak nak makan.

    ReplyDelete
  6. Serasa muda 25 tahun bila nampak pink pink tu.

    ReplyDelete
  7. hahahha peminat pink mesti teruja kan kalau dapat makan burger ni

    ReplyDelete
  8. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!