Assalamualaikum...
HAMPIR selesai rutin Jumaat.. cuma tinggal nak kemas rumah. Kain yang berlonggok dah siap berlipat, yang dalam mesin dah siap bersidai. Sekejap lagi nak masak Sambal Daging untuk makan malam nanti. Aik, awal masak?? Hahaha.. ni sebab sekejap lagi rasa macam nak meronggeng, jadi sebab semalam Pak Inche kata, malam ni nak makan sambal daging, jadi kita masaklah siap-siap sebelum keluar.
Pagi ni sarapan sorang-sorang baki pulut dengan kelapa minggu lepas, masa Iman masak pasta untuk sarapan tu. Malas pulak nak masukkan link bila menaip entry guna handphone ni. Susah nak touch sana touch sini, copy sana tampal sini. Kalau guna pc baru laju2 sikit nak mengopy paste link, huhu. Untuk Iman, sarapannya Putu Mayam, yang Sk singgah beli masa balik kerja semalam sebab dia tak makan pulut dengan kelapa, rugi.. rugi...
Tapi, yang terpaling Sk suka update guna handphone ni, laju2 jer nak masukkan gambar. Pakai cuit-cuit jer, menderu gambar masuk.. lajuuuu.. nak post entry pun cepat.
Berbalik cerita pulut tu, Sk cuma masak dalam rice cooker macam masak nasi biasa cuma sukatan air dikurangkan. Kelapa parut beli di kedai acheh, minta dia parutkan bahagian putih saja dan Sk kukus dengan sedikit garam. Masa Sk budak-budak dulu, ibu akan goreng sedikit pulut mentah untuk tabur semasa makan tapi Sk terlupa nak buat, semua pulut dah masuk periuk, hahaha.
Lepas ni nak belajar masak pulut dari blog Mak Cella. Suka baca pengalaman beliau semasa ibunya masih bersawah dulu, sebab tu beliau mahir pelbagai kaedah memasak pulut. Bukan saja pulut, malah pelbagai lauk pauk dan penganan mampu disediakan walaupun tinggal di tengah kotaraya Kuala Lumpur. I salute!
ReplyDeleteberbagai bonus besar menanti di IONQQ
ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
WA: +855 1537 3217
setuju part update guna henpon tu senang nk up up gambar... berdesup jer... sy selalu buat mcm tu lah kak... draf dulu taip dan msk gamba guna hp nnt kt pc adjust balik mana yg patut.. sy x penah try masak pulut... x kompiden lg.. nnt lah nk belajar dr kwn² blogger yg pro ni
ReplyDeletetak pernah lagi try makan pulut kelapa.. ...
ReplyDeleteupdate guna phone senang tapi guna phone tak boleh nak BW :(
Hehehe kita kureng sket pulut kelapa..
ReplyDeleteAla mana nk cr pulut kuning ni...tetiba ngidam lak nak makan...:p
Suka sangat pulut gaul kelapa ni. Regu pula dgn kopi O. Sedapnya SK 😋
ReplyDeletewaalaikumussalam. ya Allah, pulut kelapa tu sangatlah menggoda nya lahai
ReplyDeletesaya suka juga makan ni, tambah ikan masin ..perghhhhhh
ReplyDeletePatut tetona bontot ni rasa mengembang.. Rupanya ada orang tengah menyebut.. Hihihi..
ReplyDeletemasa kecil2 di kampung dulu pernah makan ni, mmg sedap..
ReplyDeleteSuami kita ada masanya kan, datang hangin dia, minta kita buatkan dia pulut kelapa ni kak..ni lama dia tak minta..
ReplyDelete