KESIAN GULA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum... 

BEBERAPA minggu lepas,  Sk ke Eco Shop yang baru dibuka di Plentong.  Memang pantang betul kalau tahu ada kedai saka yang baru dibuka di mana-mana.  Malah,  kalau balik ke utara,  asal nampak kedai saka, mesti nak menyinggah. Belah sana, memang banyak giler tau kedai saka.  Sebab menyinggah tu, nak mencari barang-barang viral. Tapi penyudahnya, tak pernah dapat pun. Yang dapatnya.. barang lain.. huhu.

Berbalik kisah ke Eco Shop Plentong tu, ternampaklah bungkusan Kopi O Warung Ali Cafe ni bergantungan. Selalu aje nampak di pasaraya tapi dijual dalam pek besar. Sk pulak, banyak stok kopi O, jadi tak mahulah menambah lagi. Tengok di Eco Shop, ia dijual dalam pek mini, empat uncang sepeket, jadi, kita masuk dalam bakul, hehehe.


Sk rendam seuncang di pejabat dan tambahkan satu sachet 5 gm brown sugar yang Sk bawa balik dari hotel. Bila dah sebati, kita ciciplah sikit kopinya, mak aih, manis macam Sk wak. Selalu, kalau setakat gula banyak tu, tak adalah manis bebeno.. cari balik bungkusan kopi dan baca label, rupanya Kopi 2 dalam satu, kopi siap gula.

Walaupun manis, tapi taklah terlalu manis. Cuma Sk biasa minum kopi pahit, tu yang rasa manis bebenau, hahaha. Sk minum jugaklah kopi tu sambil menikmati kemanisan hidup gula... tak pernah jumpa kopi sesedap ini... kesian gula.. memberi manis pada kopi, tapi yang dipuji kopinya.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sy dh biasa minum kopi tanpa gula, bila minum yg ada gula akan rasa weird semacam pula :)

    ReplyDelete
  2. hahahahaahah tapi black coffee mmg sedap kan...

    ReplyDelete
  3. Tak suka kopi... tapi klu terpaksa minum harus la kena manis hehehe

    ReplyDelete
  4. Saya kalau kopi kena ada susu hehe.. kedai saka tu memang, jahat!😂

    ReplyDelete
  5. Kedai Eco Jusco Bandar Dato Onn dah pegi belum Kak..hehehehe... pantang nampak kedai saka tu..sekali masuk, confirm kena rasuk .tu yang keluar berplastik-plastik tu

    ReplyDelete
  6. saya pn suka minum kopi o tanpa gula..skg kne jaga kesihatan kak seri..hehe

    ReplyDelete
  7. sy x minum kopi kak.. x boleh nk menikmati rasa kopi.. en suami selalu ckp kalau minum kopi kena ada caranya br dpt rasa feel tu.. sy xde perasaan tgk kopi.. haha

    ReplyDelete
  8. Dari awal tahun cut sugar ni, dah 3 hari lepas sakit kepala sebab gian kopi instant agaknya hahahahaha.. adoii moga istiqomah laaa sis lin ni..

    ReplyDelete
  9. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!