NASI LEMAK SAMBAL UDANG DENGAN SATE YANG SANGAT SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI LEMAK SAMBAL UDANG DENGAN SATE YANG SANGAT SEDAP

 Assalamualaikum... 

HARI ke 19, tahun 2021... 
Pertama kali dalam tahun ini masak nasi lemak. Seingat Sk, setiap tahun, Sk pasti memasak nasi lemak beberapa kali. Kalau hari-hari pertama tahun baru tu, memang menunya nasi lemak la, hehehe. Biasanya, Pak Inche suka makan nasi lemak dengan sambal kosong jer. Aksesori wajib ada ikan bilis goreng dan telur lenggang (dadar) yang dipotong kecil-kecil. Timun dan kacang tu kalau tak ada stok, memang tak letak pun tak apa.

Tapi, kali ni, Pak Inche kata, nak Sambal Udang. Sk pulak memang sukakan Nasi Lemak Berlauk dari Nasi Lemak Sambal Kosong, jadi memang suka sangatlah bila diminta memasak Sambal Udang tu, hihi. Nasi Lemak ni Sk masak untuk dinner, jadi sengaja masak lebih sikit untuk buat sarapan pagi esoknya.


Nampak tak ada nasi yang berwarna kuning tu? Haaaa.. tu sebab ada baki nasi lemak yang ibu Sk bagi minggu sebelumnya, jadi Sk panaskan sekali nasi lemak Sk dan nasi lemak ibu, pagi esoknya tu. Sebab tak ada timun, Sk gantikan dengan petai, nyum nyum. Ikan bilis dan telur lenggang habis, kita makan dengan telur rebus jer 😅


Berbalik cerita pasal Pak Inche, dah dia suruh kita masak nasi lemak, boleh pulak dia bawa balik sate. Ah, Pak Inche mana pernah balik tangan kosong, kan. Ada jer yang teringin dia nak makan. Katanya, sate tu sempena pra-besday Iman, tapi Iman dan Sk, nak petang lidi sate pun dah tak larat, hahaha. 

Sebab berulang kali Pak Inche kata sate tu sedap, tu yang Sk order online terus untuk sambutan hari jadi Iman. Alhamdulillah, semua orang kata sedap dan lembut satenya. Rempahnya berasa dan kuah kacangnya pun sedap juga. Kadang beli sate, sate sedap kuah masam la, tawar la, masin la. Pernah jugak beli kuahnya sedap, sate pulak rasa kicap, hihi. Macam-macam ek 😝😝😝

11 comments:

  1. terus rasa lapar bila tgok foto nasi lemak n sate tu. yummy...

    ReplyDelete
  2. nampak petai tu saja dah tau nasi lemak tu mmg sedap hehe

    ReplyDelete
  3. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  4. Tengok sate terliur, tengok nasi lemak "marble" (putih kuning) pun sedap. Ish, macamana la nak kuwus ni.. Tengok pic pun telan air liur.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. kita ni hantu sate gak,,, order dari mana sate tu hehe...kita suka kalau kuah sate pekat dan pedas hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya, kalau jumpa sate dan kuahnya sedap memang di situlah akan dikunjungi selalu walaupun jauh!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih