KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA HATI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

DAH beberapa kali Sk perasan, Pak Inche kerap membeli lauk kacang buncis goreng bersama hati setiap kali terjumpa di pasar ramadan atau pasar malam. Lauk yang menyerupai sambal goreng ini memang kegemaran Sk jadi memang suka sangatlah kita menumpang makan.

Masa balik kerja petang tadi, Iman beritahu, babah balik sekejap tengahari hantar hati ayam.. terus Sk teringat ada kacang buncis yang Pak Inche beli masa kami ke Village Grocer Sabtu lepas. Kebetulan jer shopping kat sana terlanjur jalan-jalan ke Midvalley Southkey. Bila Sk suruh Iman call Pak Inche tanyakan apa nak buat dengan hati ayam tu, memang betullah, dia suruh masak dengan kacang buncis. 


Kacang Buncis Goreng Bersama Hati

Secekak kacang buncis dipotong serong
Sedikit carrot dipotong batang mancis
4 ketul hati ayam
2 ulas bawang merah tumbuk halus
4 ulas bawang putih cincang
1/4" halia tumbuk halus
2 sudu kecil cili kering kisar
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 asam keping 
Sedikit santan kotak

Cara-cara :

1, Panaskan minyak masak, tumis bawang putih sekejap.
2. Masukkan bawang merah, halia dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan hati ayam dan serbuk kunyit goreng hingga hati masak. 
4. Masukkan santan, gaul mesra.. kemudian masukkan asam keping dan garam.
5. Kemudian masukkan kacang buncis dan carrot, kacau kilas dan bolehlah tutup api.





Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh, masukkan santan ye... Kita suka, hati goreng kunyit letak bawang & cili. Sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Selalunya masak hati dengan kacang panjang mcm ni letak kari sikit... kacang buncis xpenah try lg.. hehehe

    ReplyDelete
  3. dulu tak suka makan hati, tapi sejak2 ni, sedap pulak hati.. faktor umur betul la :(

    ReplyDelete
  4. Ooo Pak Inche selera sama kita laaa..suka kacang buncis letak pedal atau hati ayam hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!