MENYENDUL DI PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum...

BILA dah siap makan tengahari di rumah sebelum keluar meronggeng, maka kita singgah minum dan makan yang ringan-ringan sajo. Masa ni kami ke AEON Tebrau, adalah tu barang yang dicari, yang penting patuhi SOP, kita jaga kita.

Sebenarnya bengang juga dengan post netizen yang selalu marah-marah dengan orang yang katanya asyik ke sana ke sini.. ke sana ke sini seolah-olah berdosa beso beno. Tapi, tanpa sokongan kita bagaimana kita nak bantu negara menaikkan semula ekonomi. Lagi pulak, kita kena tahu bahawa pekerja-pekerja di shopping mall ni amat mengharap agar kita berbelanja di kedai mereka atau tempat mereka bekerja agar mereka boleh mendapat pendapatan. 

Tapi, tulah.. susah nak cakap. Tak ada siapa pun yang minta dijangkiti virus covid 19 tu. Tapi hidup ni mesti diteruskan. Kalau kita rasa nak terperap di rumah sebab takut dengan virus, jangan halang orang lain yang keluar sedangkan kita tak tahu apa tujuan mereka keluar dan bagaimana mereka mematuhi SOP. Memang ada jer yang degil dan tidah mematuhi garis panduan tapi jangan salahkan semua orang ya. Aduh, Sk pun takut jugak tapi kena tabah hidup bersama semoga semuanya baik-baik sahaja.


Cerita pasal Penang Road Famous Chendul ni, ini adalah antara tempat menyendul yang terpaksa kami singgah kalau nak makan sangat terutama dalam shopping mall. Sebabnya, mahai nak mampuih la rege cendulnya tu kan. Sk ingat lagi zaman kanak-kanak dulu, semangkuk cendul baru RM1, sekarang cendul biasa pun dah RM2 semangkuk. Walaupun agak mahal tapi munasabah la dengan presentation dan portionnya yang besar serta persekitaran yang agak selesa.


Kalau dah ke sini, wajiblah pesan sepinggan Penang Rojak. Dulu-dulu (asyik cerita dulu-dulu jer ko ni SK), di Johor ni cuma tahu Rojak Petis dan Rojak Asma, tapi sejak berendut dengan Pak Inche, baru tahu rojak buah dan rojak cakue. Bila balik ke Kedah, baru belajar makan Pasembuq. Pasembuq pertama yang SK suap ke mulut ialah yang dibuat sendiri oleh ibu mertua Sk, hurmmm.. teringat sampai sekarang. Tapi secara peribadi, Sk masih sukakan rojak petis.


Nyonya Asam Laksa kot ni.. semangkuk ni Pak Inche punya. SK jamah sikit la sebab masih kenyang makan nasi. Pak Inche makan sehingga ke titisan terakhir ko. Iman memang kalau dia dah kata kenyang, memang tak naklah dia nak menjamah pun. Oh, ya.. ni bukan peristiwa semalam tapi dah berminggu lepas. Belek-belek handphone ternampak la pulak. Dah memang suka beno ambil gambar makanan kan, orang nak kata mental pun mental la... hahahaha.

 


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya dapat makan cendol dgn rojak :D
    https://tiaarasapphire.blogspot.com/2021/01/telefilem-ghairah-2020.html

    ReplyDelete
  2. Ingatkan ampa balik Penang.. Hihihi..
    Betul SK... Balik Kedah kali ni kami macam dipandang serong. Jiran-jiran sampai tak berani nak tegur kami sebab balik dari zon merah. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. 2 3 kali baca, mula2 terbayang menjendul, like kenapa SK nak jendulkan dahi ahaah

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Yang penting patuh SOP dan setiap orang kena main peranan. Sy geram bila kita dah jaga jarak, org blkg pula menghimpit je. Ada juga yg jenis suka menyelit or tak kisah berlaga bahu dgn kita. Aish geramnya...

    ReplyDelete
  5. tadi baru jer makan asam laksa ni !!!

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak lepak makan cendol dan laksa kat situ.. huhuhu rasa dah tak sempat pulak nak perginya ni haaa... sedapkan kak.. ada cendol durian gak kan?

    ReplyDelete
  7. ooh du cendol mamak kat pontian naru 60 sen.. hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!