TELUR MASAK LOMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

BARU perasan hari ini pageview blog telah mencapai lebih 14 Juta. Maknanya, sepanjang berblog sejak tahun 2009, jika blog ini adalah sebuah buku, ia telah diselak lebih 14 juta kali. Masih ingat tahun-tahun awal berblog dulu, nak capai satu juta view pun bertahun, kuang kuang kuanggg.

Terima kasih tau kepada anda yang sudi selak Alam Sari di Tanah Jauhar ni terutama yang setia menyelaknya hari-hari 😍

Hari pertama menjalani PKP 2.0 tidak sama dengan kali pertama PKP yang bersejarah pada 18 Mac tahun lalu. PKP kali ini, 30 peratus staf perlu berada di pejabat mengikut giliran. Mereka yang berada di rumah pula perlu menghantar laporan tugasan yang telah disiapkan. Tak ada lagi la nak berdalgona melahu macam pkp lalu. Dalam pada WFH (baca work from home), Sk masih mengambil kesempatan WFH (work for home).. bak kata dah depan mata, takkan nak tengok sajo.

Tak senang mata tengok rumah begitu-begitu saja, tak senang perut tengok tak ada makanan depan mata, kahhhhhhhhhh!


Atas permintaan Iman, nak makan Telur Masak Lemak, katanya.. Sk masakkan masakan gulai lemak stail nogori. Yang sebeno eh, malas nak ngupas bawang😝 Tapi rajinlah pulak menumbuk guna lesung batu, tu yang kaso-kaso nampaknyerrrr. Kalau orang nogori, masak lomak tolor guna tolor itik tapi Sk guna telur ayam, itik Sk dah berenang-renang taim banjir ni, tak dapek nak menangkap mengambek tolor eh. Errrkk... bukan tolor dalam roban ko Sk???

Telur Masak Lomak Cili Api

3 biji telur ayam (kalau ramai, guna telur lebih sikit nanti berebut)
Segenggam ikan bilis
1 buku kunyit hidup sebesar ibu jari
25 biji cili api montel
2 hiris halia
Air secukupnya
1/2 kotak santan 
1 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Tumbuk halus ikan bilis, kunyit hidup, cili api dan halia, masukkan dalam periuk bersama sedikit air, panaskan hingga cili cukup masak.

2. Bila cili cukup masak, masukkan santan, sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

3. Masukkan asam keping dan telur sebiji demi sebiji, masak sehingga telur masak sempurna. Boleh tutup api.
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. apa saja dimasak lemak mmg fav saya kak cumanya anak² yg x suka telor dimasak camni

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak Seri... blog memasak memang banyak orang view cari makanan, ni lagi PKP, makin rancak laaa orang menyelaknya hehehehe..

    Masuk list juga menu ni dalam menu PKP nanti hehehe.. cuma tggu turn..

    ReplyDelete
  3. Selamat berPKP SK. Sama-samalah kita berPKP.
    Tahniah, pageview sudah capai 14 juta.

    ReplyDelete
  4. sodap eh! undaiyai moleleh air liur nengok eh

    ReplyDelete
  5. Niceeee.. wfh! Hewhewww... Sy pun lagi suka kalo tolo itik masak lomak cili apiii.. Paduuu... Hehe... apa pun, selagi namamya masak lemak... sedap aje nak menjamahnyaaa

    ReplyDelete
  6. takpernah makan lagi yg telur masak cili api, selalunya kat uma masak ikan jer

    ReplyDelete
  7. Pesanan suruh kalau ramai guna telur lebih tu win.. Hihihi

    ReplyDelete
  8. itu lah...terbayang dalam kepala ni telor berenang ikut belakang itik...hahahhahaha

    ReplyDelete
  9. Selalu buat telur itik...x pernah guna telur ayam lagi..bleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!