CANTONESE SEAFOOD MUN FUN DI RESTORAN BUDAK SIEW MAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum... 

JIKA ke Restoran Budak Siew Mai, Sk memang suka meneroka menu yang agak pelik namanya.
Kebanyakan namanya di tuliskan atau sebutannya dalam Bahasa Kantonis walaupun ejaannya rumi. Kalau masa Makan Sampai Licin hari tu, Sk pesan sepinggan Wan Tan Hor, kali ini tanpa sebarang prejudis, Sk memesan Mun Fan, padahal.. tak tahu Mun Fan tu apo. Yang penting di sini masakannya Chinese Muslim yang diyakini halal jadi boleh makan tanpa was-was.


Masa nampak Nasi Goreng ditatang dalam pinggan besar dan dihantar ke meja, hampir jer nak cakap, saya tak order nasi goreng. Tapi, bila nampak kuah gaya masakan kantonis dalam pinggan, terus terbayang Nasi Goreng Tsunami yang Sk pernah makan di kedai makan milik bos Sk. Oh, inilah Mun Fun ropenyer...

Cantonese Seafood Mun Fun ni rupanya Nasi Goreng yang dihidang bersama kuah kantonis dengan makanan laut. Nasi gorengnya sedap begitu juga dengan kuah kantonis yang tidak mengecewakan. Sk bayangkan, mangkuk berisi nasi goreng ni ditelungkupkan di tengah pinggan terlebih dahulu sebelum dicurahkan kuah di sekeliling mangkuk. Ia masih lagi kelihatan kemas ketika dihantar ke meja. Kalau roboh nasi tu, maka hilanglah feel menikmati sepinggan Mun Fun, hahaha.

Sekali lagi, makan tak pernah tak licin di Budak Siew Mai... syukur Alhamdulillah.

Restoran Budak Siew Mai By Saiful Islam
33, Jln Sentral 2, Taman Nusa Sentral, 79100 Nusajaya, Johor
Telefon 011 27719309

Beroperasi setiap hari kecuali Isnin


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nmpk sedap tu kak... selalu mkn kuay tiaw kantonese je

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..macam mee kungfu ye tapi tukar pada nasi

    ReplyDelete
  3. One day nak ke sini laaaa... lama baca tapi belum sempat nak singgah makan sini..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!