UDANG MASAK LOMAK CILI API DENGAN KACANG BUNCIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

MASAK Lomak Cili Api.. masakan Nismilan yang menjadi feveret Sk dan Iman tapi bukan Pak Inche. Kalau nak masak lauk macam ni, kena pastikan ada lauk lain untuk Pak Inche agar tidak berlaku peperangan di meja makan, hahaha. Tapi, jaranglah terjadi perang sekarang sebab dah faham selera masing-masing. Sk juga akan memberitahu Pak Inche jika Sk nak masak sesuatu yang bukan seleranya jadi adalah nanti inisiatif Pak Inche untuk memenuhi selera sendiri. 

Disebabkan kelmarin dah masak Sambal Tumis Petai kegemaran Pak Inche, kira adillah kalau kali ini masak pulak lauk kegemaran Mak Inche. Kebetulan sambal udang tu ada lebih, jadi kita panaskan sajo. Padahal masak cuma tujuh ekor jer, pun tak habis, mungkin sebab bukan kegemaran Iman lauk sambal tumis apatah lagi dibubuh petai. Tapi, bila Sk masak lomak cili api ni, jangan kata udang, nasi dua pot pun wassalam, burpppp.. Alhamdulillah.


Udang Masak Lomak Cili Api dengan Kacang Buncis

Bahan-bahan :
Beberapa ekor udang saiz sederhana besar
1 genggam cili api
1 buku kunyit sebesar ibu jari
1/2" halia
1 batang serai diketuk
10 batang kacang buncis, potong serong 
1 kotak santan
1 asam keping
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Kisar halus cili api, kunyit dan halia, kemudian panaskan dalam periuk atau kuali hingga cili masak. Tambah air supaya tidak terlalu kering, kacau sekali sekala supaya tidak hangit.

2. Bila cili cukup masak, masukkan sedikit air lagi dan kacau sebati. Kemudian masukkan santan, boleh kurang atau lebihkan santan untuk sesuaikan kepekatan kuah.

3. Kacau sentiasa, bila santan dah panas, masukkan udang, kacang buncis dan asam keping, sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.. masak hingga mendidih.

4. Akhirnya masukkan garam dan ajinomoto. Bolehlah tutup api, jangan masak udang terlalu lama nanti jadi keras.

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaha ni mmg pebret kami sekeluarga.. Lagi pedas lagi umphhh!! 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. asal masak lemak jer sy on kak... ayam ke udang ke daging salai ke ikan masin ke... sedapppnya mkn dgn sambal belacan

    ReplyDelete
  3. thank you sharing resepi ! hehehe tggu nak bukak puasa nanti.. terliur tgk

    ReplyDelete
  4. Ada udang juga ni, tapi lom fikir nak masak apa ni.. jap lagi nak tenung peti ais hahahaha

    ReplyDelete
  5. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. mengiurkannyaa, terus rasa lapar... jemput baca ya sakit pinggang , sakit urat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!