DECADENT CHOCOLATE CAKE... MEWAH DENGAN RASA COKLAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...


DAH lama Sk tak buat cup cake. Jangan kata, cup cake, mak nenek segala kek pun dah tak terbuat. Loyang pun dah lupa simpan mana, haha. Sebab tu, bila ada seorang kawan yang rekomen Sk Decadent Chocolate Cake ni, Sk jadi teruja. Sebab Sk tak perlu nak bongkar kabinet. Set Decadent Chocolate Cake dah didatangkan dalam satu kotak yang lengkap tau. Dari campuran tepung coklat, frosting dan hiasannya semua datang lengkap di dalam satu kotak. 


Nak menyediakannya dah mudah, nak memasak pun tak susah. Anda nak bakar dalam oven boleh, anda nak kukus dalam pengukus pun boleh. Kalau dah malas sangat, bakar jer dalam air fryer, pun boleh. Sehelai pamplet disertakan di dalam kotak sebagai panduan untuk anda menyediakan kek. Ahhh, senang banget ni, pejam mata pun jadik!


Sk kan, sebenarnya sayang betul nak buka kotak ni,sebab dia cute sangat, hahaha. Tapi, disebabkan Sk teringat semua adik-beradik dan anak-anak buah Sk berkumpul jadi Sk terasa nak buatkan sesuatu yang istimewa untuk mereka.


Bahan tambahan yang perlu disediakan ialah...
2 biji telur saiz A
110 gm minyak sayuran / 150 ml 
60 gm air / 80 ml

ikutlah sukatan mana yang anda senang nak guna.
Lepas tu, dah boleh panaskan oven dengan suhu 160 darjah.


Langkah satu... Masukkan decadent chocolate cake mix ke dalam mangkuk yang besar. Duh, bau chocolate dia pun dah sedap sangat, tak macam chocolate mix yang biasa Sk beli di bakery shop tu tau.


Kemudian, masukkan jer semua bahan yang lain iaitu telur yang dipukul sedikit, air dan minyak. Kemudian kacaulah secara kaup balik guna spatula atau nak godak dengan hand whisk pun boleh. Kacau sehingga sebati. Kalau ada nampak ketul kecik-kecik tu, itu choc chips, heheh.


Tak sempat lenguh ketiak pun dah siap sebati campuran chocolate cake kita.
Nampak tak yang kecik-keck tu, tulah choc chips yang ada dalam campuran kek coklat tu. Nak tahu tak, belum bakar jer dah rasa sedap adunan ni, haha.


Kemudian, bolehlah sudukan adunan ni ke dalam cup liners yang didatangkan sekali dalam set ini. Warna gold tu sesuai betullah kalau nak buat party kan. Oh ya, jangan letak banyak-banyak tau, cuma separuh cawan sahaja agar kek kita tidak melimpah keluar dari cup liners tu.


Dah siappppppp masuk semua. Oven pun dah cukup panas, jom kita bakarrrrrrrrrr!

Kalau yang jenis pelupa macam Sk ni, wajiblah guna timer tapi boleh jer kalau nak set timer terus pada oven lebih baik. Cuma Sk malas nak check timer tu, main pulas jer, hahaha.


Selepas 20 minit, bolehlah cuba try test kek dah masak belum dengan mencucukkan lidi atau cake tester dalam kek. Kalau lidinya keluar bersih tu maknanya kek dah masak dengan sempurna.. yey!!


Tunggu kek sejuk dalam 15 minit tau, barulah kita boleh paipkan chocolate frosting ke atasnya. 
Disebabkan choc frosting tu memang dah sedia dalam piping bag maka senanglah kerja kita.


Kemudian bolehlah hiaskan dengan topping hiasan yang diberi. Ada almond slice yang dah siap bakar, lotus biscoff crumb, oreo crumb dan salted caramel. Kebetulan, Sk ada stok buah strawberry dan blueberry, Sk letakkan juga buah-buah ni untuk lebih berseri dan menyelerakan.  Peminat kek coklat mesti suka rasa coklat dia sungguh menyerlah tu, mahunya makan tak berhenti macamSi Zulaikha... aaahhh..lupa pulak nak ambil gambar Zulaikha makan kek cekelat bondaaaaaaaaa.

Memang sesuailah dengan namanya Decadent Chocolate Cake kerana rasa coklat yang mewah tu. Ni Iman pun dah pesan suruh maknya beli lagi. Hantu coklat kannnnn. 

Passionfood Decadent Chocolate Cake Mix
Bake Your Own

Facebook:

Instagram:

Whatsapp:


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak cantik kejadiannya.
    Sayangnya wak tak makan celokat.

    ReplyDelete
  2. Sedappp sangat boleh repeat birthday nanti hehe..

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaa!!!! nampk mcm senang ja SK buat ni

    ReplyDelete
  4. artikel yang bagus
    kungjungi juga Website ku : NAGAQQ

    ReplyDelete
  5. Nampak macam mudah, lawa lak tu hasilnya. Kagumsss 😍

    ReplyDelete
  6. Wah... Terujanya.... Cantik & macan berani buat kalau macam ni.. Hihihi

    ReplyDelete
  7. Nanti macam nak beli lagi, sedap gileee kan kakkkk...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!