HARI-HARI HARI JUMAAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

DAH siap memasak Asam Pedas Ayam atas permintaan Iman Fatiha. Untuk babahnya, Sk gorengkan ayam, haruslahhhh kan kalau tak mahu terjadi amukan. Hai, macamlah dia seorang tahu mengamuk, kan, hihi. Tapi, dah doploh satu tahun kahwin ni dah malas nak melayan perasaan lagi. Mungkin sebab masing-masing dah masak dengan perangai masing-masing, hahaha.

Pak Inche kata, pukul 2.30 nanti baru makan sebab dia nak habiskan tengok filem tamil. Jadi, nantilah, dah ceduk lauk dalam mangkuk baru Sk ambil gambar dan tayang di sini.. hihi. Sejak PKP dikenakan di Negeri Johor ni, Sk akan ke pejabat cuma dua kali seminggu. Macam minggu lepas, Sk pilih ahad dan isnin untuk masuk pejabat. Jadi, dari hari selasa, rabu, khamis Sk bekerja dari rumah. Tambah dengan cuti hari Jumaat, dah rasa macam hari-hari hari Jumaat daaa. Letih duduk rumah tapi seronok jugak.


Namun nama jer duduk rumah, makan ya cari di kedai jugak.. hahaha. Sebenarnya masa ni nak cari nasi bajet jer tapi nasi bajet semua tutup pulak. Ada satu jer buka tapi tinggal lauk ayam sambal dan ayam goreng.. ah, dahlah kat rumah pun hari-hari menyambal. Terus teringat Nasi Padang jer lah. Aduh, nikmatnya makan nasi bungkus alas daun pisang macam ni,  memang tiap minggu la agaknya tapau nasi padang jer lepas ni kalau Pak Inche tak ada rumah, hahahaha.


Bila memasak, punyalah rajin cuma goreng ayam dan panaskan sambal daging yang tinggal secoet. Padahal masa ni Pak Inche suruh masak Sambal Ayam. Haaaa.. tengoklah, sambal ayam jugak yang disuruhnya. Tu yang panaskan jer sambal daging makan dengan ayam goreng, sama jugak rasanya nanti tu, hahahaha.

Okey, dah 2.30.. nanti sambung borak
😅😅😅 

Apalah aku cerita ni???



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laaa mula tengok ingatlan nasi ambeng.. Hihihi.. Ada rupa nasi ambeng pun swkali pandang.. Sedap nampak

    ReplyDelete
  2. Lawak lah akak ni. Terhibur baca. Janji ada sambal ye.

    ReplyDelete
  3. hahaha aduh sambil kita baca entry akak ni, sambil terseyum senyum

    ReplyDelete
  4. ahahah bolehla..asal ada cerita hehhe

    ReplyDelete
  5. Allah...sedap pulak tengok nasi padang ada terung goreng berlado tuh!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!