ASAM PEDAS AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

SEPERTI yang dijanjikan, tayangan Asam Pedas Ayam yang Sk masak tengahari semalam dan dimakan pada jam 2.30 petang, hihi. Kagum jugak semalam sebenarnya sebab biasanya waktu makan tengahari di hari cuti paling cepat pukul 3 atau 4 petang yang biasanya jam itulah baru siap memasak. Tapi semalam, SK siap masak sebelum jam 2, syabas bete!


Nampak tak dua ketul paha ayam dalam mangkuk gulai? Haaa.. selalunya kalau paha ayam akan digoreng tapi semalam sengaja Sk masukkan dalam gulai asam pedas. Sebabnya bapak budak ni nanti cuma akan makan ayam goreng dengan kuah asam pedas jer, jadi bila bahagian paha kegemarannya tu dimasukkan dalam gulai, barulah dia akan makan ayam dalam gulai tu, hihi. Dah tu, si anaknya pun sama suka paha ayam, kalau ada satu saja karang berebut, jadi kita letak terus dua ketul, ambil sorang satu. Itupun bapaknya sibuk menyakat, masukkan dua-dua ketul paha ayam dalam pinggan dia. Terjerit-jeritlah si anak mengadu kelaku si bapak dengan mak, haaa.. nampak jer ada satu anak tapi riuh rumah ni macam ada sepuluh anak. Tu belum lagi bab bergaduh dengan anak bulus, hahahaha.

Kali ini, Sk tumiskan bahan asam pedas dalam periuk sehingga pecah minyak, kemudian Sk masukkan ke dalam pressure cooker Noxxa bersama ayam dan tekan HP 15. Sebabnya Sk nakkan tekstur ayam yang empuk giler dan dalam masa yang sama boleh masak pakai tinggal. Bila HP dah tamat, Sk tekan stir fry  dan tambahkan air setengah cawan, masukkan jus asam jawa adabi, sekeping asam gelugor dan garam. Sk juga masukkan serbuk lada hitam kasar dan lada hitam biji, kiranya asam pedas stail Johor la, kan. Tapi kalau stail Johor kena masukkan daun kesom, Sk pulak masukkan daun limau purut, hihi. Yang penting sedap sampai menghirup kuah hingga ke titisan terakhir.

Yang titisan terakhir tu dalam pinggan la.. macam biasa kalau masak gulai, memang akan masak lebih supaya dapat mengulang malam nanti.. hihi.



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita biasa selesai masak paling lambat jam dua belas kak hehehe.. kalau jam dua ke atas, mau ngamuk mulut-mulut kt uma ni.. hahahaha..
    Lagi satu belum pernah masak menu dalam noxxa tu, tak reti, hanya rebus tulang dan daging ajaa..

    ReplyDelete
  2. perghhhhh gulai tu buatkan orang rasa lapar dah ni... Ooo patut la lapar dah time makan haha...ok zassss nak order makanan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!