UDANG SAMBAL PETAI YANG BANYAK PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum..

HERO yang digandingkan dengan Kacang Buncis Goreng Bersama Hati semalam, Udang Sambal Petai yang banyak petai, hahaha. Puas makan petai. Alkisahnya merata Pak Inche cari petai dari kedai runcit hingga ke pasar malam. Kedai runcit yang dia pergi tu, berjanji stok petai akan sampai petang. Jadi, petang tu, Pak Inche pergi lagi kedai setelah gagal mencari di pasar malam. Nampak aje muka Pak Inche, terus tauke kedai tersengih dan menunjukkan petai siap berkopek berbungkus-bungkus dalam peti sejuk. Geram punya pasal, terus Pak Inche ambil dua bungkus, lepas tu dia pesan yang sebungkus tu masukkan aje semua.

Sk pulak memang dah siap menumis sambalnya, tinggal menunggu petai. Sk cadang, cuma akan masukkan udang, asam, garam dan gula bila petainya sampai. Tengok petainya masih segar, terus cuci, tak dan dah nak belah dua.. sebenarnya malas, dah remaja purba ni penat nak bersilat lama-lama kat dapur. Mujur cili kisar memang dah ada dalam peti sejuk baru tu.. hahahah.


Udang Sambal Petai

1/2 kilo udang saiz sedang, bersihkan
1 mangkuk kecil petai
5 sudu besar cili kisar halus
1/2" halia dikisar halus
1 bawang besar dikisar halus
1 sudu kecil pes asam jawa adabi
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
2 sudu besar gula 
sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, masukkan semua bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Jika terlalu kering, tambah air sedikit.

2. Teruskan menumis sehingga tumisan cantik dan sebati, kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan gula.. kacau sebati.. tambah air jika perlu.

3. Masukkan udang dan petai, biar udang masak lebih kurang 5 - 8 minit sahaja. Udang jangan dimasak lama nanti menjadi keras isinya.

4. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama la menu kita hari ni.. Sambal udang petai....

    ReplyDelete
  2. sy x penah makan petai kak... hahahaha... percaya ke idok???

    ReplyDelete
  3. Kita pun masak sambal petai gak Kak, permintaan adik.. letak sebungkus petai..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah yang ini pun sedap jugak!

    ReplyDelete
  5. apa saja.. klu ada petai confirm sdap

    ReplyDelete
  6. My Favourite food jugak nih! Petaii! Hehee.. Sambal Petai memang sodappp!

    ReplyDelete
  7. memang sedap masak sambal udang dengan petai :)

    ReplyDelete
  8. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  9. favorite kakak saya ni, dia selalu masak untuk lunch masa sekolah dulu.. jemput baca ya semuaaa solat sunat taubat , video production service , workshop near me

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!