CUCUQ UDANG UTARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

DILAHIRKAN sebagai anak Johor Jati, yang mana arwah abah dan ibu Sk kedua-duanya orang Johor, sejak kecil cucur ni kami sebut sebagai jemput-jemput. Contohnya, jemput-jemput ikan bilis, jemput-jemput pisang, jemput-jemput bawang, haaa.. gitu. Macam jugak karipap, kami sebut epok-epok. Tapi, bila dah banyak bercampur dengan kawan-kawan orang luar, terutama bila dah bersekolah menengah, lama-lama banyak perkataan negeri lain yang kami belajar.. berkembanglah otak ni, hihi.

Tapi, seingat Sk, kalau jemput-jemput udang, Sk sebut Cucur Udang. Mana belajar perkataan cucur tu, Sk pun tak ingatlah. Rasanya sebab masa sekolah rendah dulu selalu mengecek bekal kawan yang selalu bawa cucur udang ni. Ada beza cucur udang Johor dengan Utara? Ya, kami Johorean makan cucur udang dengan sos cili cair tapi orang utara makan dengan sos kacang, ala-ala pasembuq la kan. Mana lagi sedap? Dua-dua sedap asalkan sosnya sedap, haha.


Cucuq udang dalam gambar ni bukanlah Sk buat sendiri tetapi Sk beli dari sebuah gerai di Taman Sri Pulai berdekatan dengan taman perumahan di rumah Sk. Alah, lupa pulak nama kakak ni, yang pasti, beliau tentunya orang utara mungkin Kedah la kot. Dalam banyak-banyak orang meniaga cucur udang utara, gerai kakak nilah yang paling menepati selera dari rasa cucurnya sehinggalah rasa sos kacangnya. Sk selalu jugaklah menapau bila balik kerja, kalau datang giannya, sanggup jugak mengeteh sorang-sorang di sana, hahaha. 
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Samalah kak, kalau udang kita panggil cucuq, kalau jejemput kita panggil cekodok hahahaha

    ReplyDelete
  2. x reti mkn cucur udang cicah sambal kacang

    ReplyDelete
  3. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!