PENGALAMAN SERAM DI HOTEL SAMPAI SUSAH NAK TIDUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

 Assalamualaikum...

MASA cuti krismas lepas,  seperti yang Sk ceritakan sebelum ini,  Pak Inche nak sangat pergi bercuti. Iman cadangkan untuk ke Desaru sajo tapi mak aihhhhh..  punyalah mahal,  satu bilik mau sampai lima nam ratus semalam.  Mementanglah rakyat dah dibenarkan bercuti,  terus diaorang naikkan rate tambah lagi tarikh tu cuti krismas dan cuti sekolah,  kan..  Lepas tu,  Sk sajalah bagi cadangan Cameron Highlands,  eh,  nak pulak Pak Inche.  Cadangkan Langkawi pun boleh jugak.  Pendek kata asalkan dia dapat jalan-jalan.  Tapi Sk fikirkan risiko ke tempat yang orang ramai tu lah,  Sk tak mahu Langkawi atau CH.  Pak Inche kata,  pergi Melaka je....  huhuhu..  tak pernah jemu dengan Melaka sampai Sk keliru Pak Inche ni orang Melaka ke orang Kedah,  hahahaha.


Sebelum bertolak,  singgah sarapan roti canai di Restoran Taufik belakang rumah.  Kena sarapan siap-siap sebab bila Pak Inche dah masuk jalan kampung maknanya kau akan kelaparan nak sampai satu-satu destinasi,  hahaha. Yang penting,  kena pastikan dia ambil ubat-ubatannya. Sk paling risau kalau Pak Inche lupa nak makan ubat. Jadinya, pergi sarapan dulu sebelum keluar dari taman perumahan.


Rancangnya nak pekena Kari Kambing Patplohari tapi dia punya beratur dari luar tapak parking. Tak sanggup beratur, kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Taklah kecewa tak dapat kari kambing mungkin roti canai pun masih menempel di dinding usus, hahah. Jadi, Kita masuk plan b, beriyani power Batu Pahat.

Masuk aje kedai nampak notis, cuma ada beriyani ayam jer. Hurmmm.. ayam pun ayam laaa janji kenyang tapi tanjat gegel bila tengok saiz ayam punyalah kecik, tak padan dengan harganya. Dulu, taklah cenonet cam ni, phewwww.


Perasaan kecewa terubat bila check-in bilik hotel yang di-booking beberapa hari sebelum tu. Ini entah kali ke berapa stay di hotel ini, kali terakhir masa Iman ada temuduga bagi kemasukan ke sebuah kolej tajaan Mara. Lepas tu lamaaaa tak stay sini sehinggalah hotel ini bertukar pengurusan dan nama hotel itu sendiri. Keseluruhan dekorasi dalaman telah ditukar kalau dulu warna kuning sekarang dah royal blue yang kelihatan sangat mewah. 


Kami memilih Junior Suite yang memisahkan ruang tamu dengan bilik tidur tanpa pintu. Dulu pernah dua kali pilih bilik ni rasanya, yang Sk ingat sekali tu stay dengan anak-anak sedara, Ilham dan Izzat. Sekali lagi kami tiga beranak aje yang mana pagi sebelum check-out tu Pak Inche diserang kerosakan saraf ke-enam yang tak akan Sk lupa peristiwa pagi tu. Jadi, walaupun bilik cantik giler Sk masih teringat-ingat jugaklah apa yang terjadi beberapa tahun lalu tu, huhu.


Bukan sahaja tema warna bilik, malah kamar mandi pun telah diubahsuai. Ni dulu pun ada dua sinki jugak tapi cermin tu dulu empat segi tepat jer. Kemasan jubin sinki jugak telah ditukar sekali pandang macam White Choc, lapar tengok, rasa nak gigit, hahahaha.


Kat bahagian ni mereka cuma menukar kemasan dinding jubin dan aksesori paip air, bath tub tu rasanya bath tub lama sebab nampak la kesan kerosakan, tak nampak baru. Yang kelakar, paip tandas tu ngam-ngam betul dengan si pengguna yang duduk kat situ, bukan ngam tapi tak sampai kot, kena mengereng kalau nak guna, kahhhhhh.


Kalau nak mandi berdua pun boleh, sorang dalam bath tub, sorang dalam kamar kaca, hahahaha. Boleh say hi hi la sambil menyabun badan tu, kih kih kih. Tapi kami semua mandi sorang-sorang la sebab tak ada siapa yang nak mandi dalam bath tub, hurmmm.. terasa seram sebenarnya mandi sorang-sorang dalam bilik air sebesar kamar tidur ni.


Dan sepanjang di bilik tu, kami asyik dikejutkan dengan panggilan lelaki di telefon. Sekejap berdering.. sekejap berdering. Lepas tu asyik dengar suara budak main dan berlari di luar. Pak Inche kata, budak-budak main telefon. Masalahnya kenapa asyik nak dail ke bilik kitorang kan. Benda ni jadi dari kami check-in sampai malam. Malam tu lapar, malas nak keluar, order Mekdi delivery, sambil makan pun dia dok dering. Nak tido tu, Sk cabut wayar telefon. Lepas tu dah satu hal tak boleh tido sebab takut telefon berbunyi lagi walaupun wayar dah dicabut... terusssssssssss serammmmmm giler.


Ni lagi seram.. masa sarapan punyalah ramai orang sampai nak tersentuh-sentuh masa nak ambil makanan tu. Tapi, pihak hotel tetap menjaga SOP, setiap tamu wajib memakai pelitup muka dan sarung tangan semasa mengambil makanan.


Orang depan ni seram jugak siap buat meja buffet di meja sendiri, hihi.
Memang berbaloi la ambil mee tu banyak sebab mee goreng dia memang sedap sangat, SK pun siap tambah tau... seram tak seram...

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uish.. seram tu kak kalo telefon bilik asik berdering... kalo sy msk je bilik mmg suka cabut wayar terus.. sbb anak² suka sgt main telefon.. tu la takut terdail no bilik akak kan.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. tapi dia dering sekali aje tau, main2 sungguh

      Delete
  2. Jgn biarkan anda diselubungi misteri bilik hotel! Jadi tindakan mencabut wayar mmg patut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut, kan.. lepas tu sendiri takut telefon tak sambung wayar boleh bunyi

      Delete
  3. Seramnya kalau telefon berbunyi lebih2 lagi kalau detik 12 malam.. Hihihu. Saya paling takut kalau nak tengok cermin dalam bilik air hotel. Takut ada wajah lain yg muncul. Hihihi

    ReplyDelete
  4. seram la telephone tak henti berdering, nasib la bila dah cabut wayar dia stop berdering, kalau tak.. mmg mintak tuka bilik dah ><

    ReplyDelete
  5. seram jugak kalau telefon bilik hotel asyik berdering.
    tengok mee goreng tu pun seram jugak hehehe

    ReplyDelete
  6. haha.. betullah tu bebudak tu main telefon. tetamu tengah ramai kan

    ReplyDelete
  7. Cantik dekonya terutama lampu biru tu, tapi kalau dah seram saya takmo lah tumpang tidur situ lagi...

    ReplyDelete
  8. kenapa x complain kat operator hotel tu psl telfon asek bunyi je? huhuhu

    ReplyDelete
  9. sedapnya breakfast dgn roti canai. banyak betul benda seram kat hotel ni..

    ReplyDelete
  10. seram sungguh baca cerita ni...lagi seram part last bertambah tu..kah kah..
    Cantiklah hotel ni..

    ReplyDelete
  11. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!