Assalamualaikum...
HUJAN masih turun.. hari-hari rasa sejuk. Bila sejuk yang sedapnya tidur tapi yang tak sedapnya asyik nak bangun buang air, pundi kenC cepat penuh la musim-musim hujan ni. Terbayang kesukaran mereka yang ditimpa musibah banjjr, semoga Allah swt akan menggantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik, Amiiinnnn.
Seperti dijangka, petang semalam, Perdana Menteri TSMY telah mengumumkan PKP 2.0 di beberapa buah negeri termasuklah JDT tercinta. Makanya pening lagilah kepala-kepala kami yang bekerja dalam bidang pendidikan di bawah Jabatan Kemahiran Malaysia ni. Penat mengatur dan menyusun jadual akhirnya semua terpaksa dibatalkan begitu sahaja.
Semalam, Sk ambil cuti kecemasan. Padahal, pagi tu dah siap berpakaian nak ke pejabat. Bukan saja siap berpakaian, bekal sarapan semua dah siap tapi bila nak keluar tu rasa macam tak nak pergi kerja. Sebabnya badan rasa tak sedap, hati pun rasa tak sedap. Ditambah lagi, pagi semalam Iman ada ujian 'Stop Motion' yang dia kata, semua kawan-kawan dia ada orang teman. Kesian pulak, takkan nak suruh kucing teman? Jadi, Sk cakap dengan Pak Inche, mungkin Sk masuk kerja lewat sikit lepas Iman habis ujian stop motion tu. Lepas tu fikir-fikir, ambil cuti teruslah, huhuhu.
Aduhh.. lama tak masak tulang ni, ingat kang nak cari tulang laa barang 3 kilo, buat simpan stok.. sedapnya kak, hirup pepanas curah smabal kicap...
ReplyDeletesamalah kita semalam EL... hehehe... sedap mkn sup time hujan² camni
ReplyDeleteLama dah tak masak sup tulang. Kena cari tulang nampak gayanya lepas ni. Hihihi
ReplyDeleteSedap pulak tengok sup tu petang2 ni. Saya sampai la ni masih takut nak gun PC.. Ada tapi dok jadi tukun. Bila nak. Masak sup guna rice cooker. Hihihi
ReplyDeleteMengancam betul rupa sup tulang SK ��
ReplyDeleteNampak sedap kejadiannya.
ReplyDeletefirst time dgr nama tulang noxxa ni
ReplyDeleteBibik Noxxa ni mmg efficient kan SK? Selalu kalau dia masak, menjadi je semuanya ahaks!
ReplyDeleteTime hujan begini, hirupsup tulang panas-panas memang sedap!
ReplyDeleteTambah mee hoon dengan sambal kicap...walllaaahhh!