MAKAN NASI BERIYANI KING MUAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum... 

MASIH ingat lagi tak, Sk ceritakan tentang keinginan kami untuk makan Nasi Beriyani Kenduri Muar dalam post Nasi Beriyani Selera Mak Ngah sebelum ini. Baru tahu rupanya nama kedai yang kami nak pergi tu ialah Beriyani King. Itupun Iman yang bagitahu, dalam hati pelik jugak, mana dia tahu.. SK pun tak tahu. Tapi, bila sampai depan kedai, betullah, ada satu banner tertulis Beriyani King. 

Jadi, selepas menempuh pengalaman seram di hotel tu, kami meneruskan perjalanan ke Muar dan SK berharap sangat masih ada rezeki kami di Beriyani King ini setelah kecewa dengan kecenonetan ayam di Beriyani Power Batu Pahat. Alhamdulillah, ada rezeki kami menikmati nasi beriyani di sini. Nampak tak lambakan nasi beriyani dan lauk dalam pinggan? Haaaa... inilah baru beriyani.


Pilihan kami tiga beranak hari itu, Nasi Beriyani Daging. Sampingannya, kepingan nenas dan hirisan lobak merah yang dibuat seperti acar mentah serta kepingan papadom. Kami terlambat sikit sebab beriyani kambing dah wassalam, nasib baik masih ada kuahnya untuk melepaskan gian. Oh, ya.. masa kami datang tu ngam-ngam pulak beriyani daging tinggal untuk tiga orang sebab ada seorang kakak tu datang tapi tak dapat. Tu pun Sk dengar dia tapau juga nasi dan kuah beriyani daging saja. 

Nasi Beriyani King

89, Jalan Sulaiman, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor




Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waalaikumussalam. ya Allah, sangat lah menyelerakkan visual nya ^_^

    ReplyDelete
  2. fuhhh ... kedai tu klu lambat pergi mmg tak dpt ... kena pegi awal ni

    ReplyDelete
  3. Wak kalau makan bariyani, mesti cari kambing.

    ReplyDelete
  4. Mengancammm... rasa lama nau tak makan nasi beriani ni...

    ReplyDelete
  5. Adoii lama tak makan nasi briyani gam johor.... xde rezeki lagi nak sampai sana, tahun lepas dapat makan nasi kambing 4o hari jer.

    ReplyDelete
  6. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!