TAPAU NASI PADANG DALAM TAMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

DAH macam terkena sumpahan pulak, setiap tahun baru Sk akan diuji dengan sakit. Pernah dulu, tak silap sepuluh tahun lepas, Sk diserang chicken pox dari akhir tahun hingga masuk tahun baru. Kemudian, tiap tahun jugak asal tahun baru jer demam la, sakit situ la, sakit sini la.. macam tahun lepas kena batuk yang agak teruk, tahun ni kena bisul la pulak. Sk ni pulak jenis yang penakut nak pergi klinik kan, lagilah musim covid ni. Jadi usahakan ubat cara tradisional, masalahnya tak berpantang makan pulak, semua pantang nampak, adalah, huhu.


Disebabkan tong gas yang dah kosong semalam belum berganti yang baru, maka memang dalam batu jemala ni cuma fikir untuk menapau makan tengahari. Tapi, semalam Iman ada menyuarakan nak membuat sambal gesek. Tup tup tetiba dia pun cakap, apa kata nanti kita keluar cari makanan, tak payah masak. Hurmmm.. punah harapan nak makan sambal gesek, huhu.

Lepas tu ingatkan nak tapau Nasi bajet RM3.50 sebungkus depan pasaraya hosey tu. Rupanya otak Iman lagi geliga, dia ajak pergi restoran Nasi Padang terus, haha. Lupa Sk, dalam taman ni ada restoran nasi padang. Nampak pulak pucuk ubi dengan sambal nasi padang, sakit demam, sakit bisul semua hilang 😆

P/S Ingatkan jerawat rupanya bisul, bisul betullah!!






Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. makan dekat restaurant lagi sedap hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah! Hebat betul masakan padang tu ye SK. Pucuk ubi dengan sambal nasi padang boleh buat bisul jadi sembuh hihihihiii.

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka nasi padang.. Berempah d pekat lauknya.. Sambal dwpa pun sedapkan walauoun hanya cili kasar-kasar

    ReplyDelete
  4. wahhh kat mana restoran tu? nak jugakkkk hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!