MAKAN DI DER' CABIN BISTRO TAMAN NUSANTARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum... 


SEJAK ada peti ais baru akhir-akhir ini, boleh dikatakan kami lebih kerap makan di rumah. Mood nak memasak sentiasa ada, malah makanan sentiasa licin di rumah ni. Adalah kadang-kadang tak habis tapi tak kisahlah sebab dah ada tempat nak simpan, takyah sumbat-sumbat macam dulu sampai naik stress, hahaha. Kalau keluar makan pun, dah tak pergi jauh-jauh sangat, ulang-ulang Senoko, Budak Siew Mai, Lapan Kati serta Ong Shun. Satu hari tu, dalam perjalanan balik dari Budak Siew Mai, masa lalu depan Family Mart Taman Nusantara, Sk dan Iman sama-sama terpandang papan tanda besar Der' Cabin Bistro. Wowwww.. Der' Cabin dah buka cawangan di Taman Nusantara Gelang Patah!!

Malam semalam, Pak Inche ajak makan di sana. Lama sangat dah rasanya kami tak menjamu selera di Der' Cabin. Bukan dah lama, tapi pernah pergi sekali aje cawangannya di Bandar Seri Alam, Masai. Lepas tu tak pernah datang lagi, mungkin sebab jauh, kena menunggu meja pulak dan taklah teruja nak repeat. Tapi, kali ni dah dekat dengan rumah dan mungkin dah lupa rasa makanannya, jadi jom kita cuba try test Der' Cabin Bisro cawangan Taman Nusantara, Gelang Patah, pulak, jom!


Haaaaa... ini barulah starter. Pak Inche pesan semangkuk Homemade Mushroom Soup. Sup cendawan ini benar-benar rasa cendawan sebenar. Tidak terlalu pekat atau cair, didatangkan bersama roti bawang putih yang juga homemade cuma Sk rasa roti tu tak dibakar sempurna tapi hidangan ini tidak mengecewakan. Harganya cuma RM5.90 cukup untuk seorang makan. 


Pilihan Sk, Der' Cabin Pasta. Fettucine pasta yang dimasak dalam sos seakan marinara atau boleh Sk katakan seakan sos tomato homemade yang sangat sedap. Langsung tak kedekut sosnya tu, udang lima ekor dan kepingan sotong yang agak banyak. Menurut staf yang mengambil pesanan ni, Der' Cabin Pasta ni adalah pasta yang dimasak bersama sos tomato berencahkan ayam tapi Sk minta dia tukarkan ayam dengan sotong. Portion hidangan ni juga agak besar tapi sebab ianya sedap dan lazat, seperti biasa.. licinnnnn. 


Nachos with Beef Corn Carne, satu lagi appetizer yang wajib anda pesan jika singgah di sini. Sementara tunggu makanan sampai, bolehlah menyudu setiap kepingan Nachos dengan inti daging yang disediakan. Mesti anda akan mengunyah sambil terpejam-pejam mata keseronokan, hahaha. Nachos banyak macam ni baru RM7.90


Lapar teruk.. Main Course Pak Inche merupakan set Mixed Grill dan pilihannya ayam serta daging. Set hidangan ini didatangkan bersama sos blackpepper yang sedap, tidak masin atau tajam dengan rasa lada hitam. Potongan dagingnya tebal dan menepati kehendak Pak Inche yang hendak dipanggang medium. Oleh itu dagingnya tetap juicy dan lembut juga bila dihiris. Syok makan daging, dah kenyang nak makan ayam, lepas tu minta kita tolong perabih. 

Hidangan ini datang bersama dua sampingan iantu coleslow dan kentang goreng (fries). Kentang goreng yang digunakan agak berkualiti dan baru digoreng, tidak seperti semasa kami makan di Masai dulu. Ini baru syok, coleslow pun sedap sangat dan tak kedekut dressing-nya. Sepinggan ni baru RM27.90


Pak Inche juga yang pesan ni.. walaupun dah dinasihat berkali-kali dan diingatkan bahawa kami tak mahu jadi tong sampah malam tu. Sudahnya, Buffalo Chicken Wings ini ditapau bawa pulang, jadi sampai sekarang SK tak tahu sedapkah idok rasanya tapi tengok rupa macam lazat tak terkata gitu, kan kan.


Iman nak Mushroom Chicken Grill. Ia kepingan ayam yang dipanggang dan disirami sos cendawan yang sedap. Malah  bukan sahaja sedap, tapi ada tarikan. Tarikannya datang dari keju yang dimasak bersama sos cendawan tu, seronoklah Iman sebab boleh makan sambil tarik-tarik cheese sambil feeling makan pijahat, hahahaha. Hidangan sampingannya juga kentang goreng bersama coleslow.  Mungkin krew hidangan Der' Cabin malas nak susah-susah fikir lain-lain side dish untuk lain-lain hidangan macam di Aston tu. Aston lainlah, dia punya rege...  faham-fahamlah kan.


Nak tahu tak, masa kami datang tu, full house tau. Tapi bagusnya staf mereka akan mengambil nama pelanggan yang datang terlebih dahulu dan menyediakan ruang menunggu di luar kabin. Jadi, tak perlulah nak berebut meja, first come first serve. Itupun sekejap sangat tunggu, dah dipanggil. Iman tengok jer penuh terus tak jadi, tapi babahnya beriya nak tunggu, Mak Inche ikut aje.. 


Ruang parkir yang besar dan selesa juga disediakan kepada pengunjung. Baru Sk tahu yang Der' Cabin Bistro ni dah ada beberapa cawangan (Sk tak pasti). Dulu baru ada dua. Selepas kami makan, staf yang mengambil giliran pengunjung tadi datang bertanyakan tentang makanan yang dipesan adakah mencapai kepuasan. Haaa.. dari dulu pun Sk perasan, staf Der' Cabin ni memang semuanya bagus dan terlatih, syabas dan semoga berjaya mengekalkan momentum ini. Yang penting sajian makanan berkualiti dengan harga yang murah dan berpatutan.

Der' Cabin Bistro

PTD 6075, Jalan Nusaria 11/1, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor

Telefon 012 7946535

Waktu Operasi
 Setiap hari 4.30 petang hingga 12 malam

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama betul tak makan nachoss ni!!!

    ReplyDelete
  2. burpp... kenyang dah tgk gambar akak... hahaha

    ReplyDelete
  3. ooh dh ada erk kat gelang patah., wak biasa layan der cabin masai jak nih., ;p

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu ha...kalau SK kata sedap tu memang SA percaya la..

    ReplyDelete
  5. nampak sedap. berbaloi dengan harganya..

    ReplyDelete
  6. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  7. Saya suka gak makan kat der cabin!!! Harganya murah je.. setanding rasanya yang sedap.. Salmon lah my favourite... hehe.. Tak pernah pergi cawangan lain.. mmg kat Seri Alam ni ajo.. huhu... Next time try terjah ke sanaaa.. tapi sy perasan gak, mostly menunya diselitkan dgn fries..

    ReplyDelete
  8. alamak orang GP tak try lagi.. baru nak try dah PKP hahaha..

    ReplyDelete
  9. lawanya dari luar mesti makanan sedap... jemput baca ya jus kesihatan , tanda nak bersalin , hukum tajwid

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!