SAYUR PERIA GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...


ADA ke peminat peria kat sini. 
Siapa sangka sayur peria yang pahit kini telah dikomersialkan menjadi kerepek peria. Dihiris nipis bulat-bulat, digaul dengan tepung bestari dan digoreng rangup. Bijak betul orang yang mencipta resepi tu. Kalau dipatternkan tu boleh kaya, orang lain semua tak boleh cari makan dah 😂

Oh ya, cakap pasal sayur peria ni, antara sayur yang menjadi kegemaran Sk tapi sepanjang doploh tahun kahwin ini kali pertama beli. Hah, selalu makan kat kedai aje atau makan di rumah mak. Ni beli sebab dengar nasihat doctor, suruh makan sayur peria untuk kurangkan bacaan gula dalam darah tapi rupanya penakut pahit, hahaha. Dapatlah Sk membedal sorang-sorang.

Senang jer masak sayur peria ni. Cuma tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili hidup, kemudian masukkan hirisan peria, goreng kilas, letak garam sikit, siappp! 


Geng sayur peria, kari ikan bendi banyak, ikan goreng dan sambal belacan. Hampir selesai nak goreng ikan, gas habis, hahahaha.. selamat dah siap semua. Dapatlah makan ikan goreng dengan gulai, syukur Alhamdulillah.



Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sambal belacan dgn ikan goreng tu nampak tempting

    ReplyDelete
  2. Allahu... lauk pauknya semua menyelerakan. Tengok sambal belacan dengan ikan goreng tu, terus terlupa rasa pahit peria.

    ReplyDelete
  3. Masaklah lauk gajah hatimau pun kan... Kalau dah pak. Inche tu org Kedah wajib ada ikan gorwng la kan... Hihihi
    Ikan isi goreng cicah sambal belacan sedap SK oiii...

    ReplyDelete
  4. saya bukan peminat keria...dalam kepala rasa macam sayur pahit aje..haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!