UDANG MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN KACANG BUNCIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MASA makan Nasi Lemak Ayam Goreng hari tu, Sk bertanyakan cadangan lauk untuk malam esok (malam tadi). Pak Inche cadangkan masak Sambal Daging. Iman kata, niari dah makan sambal (nasi lemak) esok makan udanglah. Masak lemak cili padi. Alaaa.. tak nak masak lemak, kata Pak Inche tak bersungguh-sungguh. Maknanya, bolehlah tu, nak masak lemak udang.

Kalau nak masak lemak, kena pergi kedai beli cili padi. Cili padi hijau memang tak ada stok. Yang ada cili padi merah yang pedas berdesing tu. Itupun Sk frozen, beli banyak, tak habis-habis guna untuk masak sebab terlalu pedas. Tu.. SK beli dari bekas rakan sekerja, beli tahun 2019 sebelum pkp. Entahnya tahun 2018 tu. Yang jualnya pun, dah meninggal dunia tahun lepas. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn.

Lauk yang paling menjadi kegemaran SK dan Iman. Iman, kalau makan udang masak lemak, dia boleh makan lebih dari dua ekor. Kalau masak sambal, dia makan dua ekor jer. Masa ke kedai tu, Sk cuma beli cili dan kacang buncis, lupa pulak nak beli daun kunyit. Jadi, untuk lebih aroma, Sk masukkan daun limau purut. Sk rasalah kan.. letak daun kunyit lebih sedap rasa kuah tu, lebih beraroma gitu. Oh, ya.. pedas betul kuah ni semalam, Sk guna cili padi montel. Walaupun pedas, tapi nikmat, haha. Iman kata, dah pedas pun , masih nak cicah-cicah udang dengan kuah, haha.

Udang Masak Lemak Cili Padi dengan Kacang Buncis

Bahan-bahan :

1/2 kilo udang, bersihkan
1" kunyit hidup dikisar halus
1/2" halia dikisar halus
Segenggam cili padi montel (hijau) dikisar halus
1 batang serai diketuk
1 kotak santan 200ml
2 asam gelugor
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Panaskan bahan kisar dan serai dalam periuk atau kuali sehingga masak, tambahkan air jika perlu.

2. Masukkan santan dan tambahkan air, kacau sehingga agak cair, biar mendidih.

3. Masukkan udang, masak sehingga udang bertukar warna.

4. Tambah santan pekat, asam gelugor dan kacang buncis. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.

5. Akhir sekali masukkan daun limau purut yang disiat (buang urat daun), garam dan serbuk perasa (jika suka).


Tanya Pak Inche, nak masak daging tak? Dia kata, tak payah, tapi gorengkan ikan kering. Jadi, macam biasalah, Sk gorengkan gelama mak ilai-ilai ni. Memang sedaplah dan menyelerakan betul makan ikan kering dengan masak lemak cili api ni rupa-rupanya. Sk kan, dah umur 40-an baru pandai makan ikan kering, hihi.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ikan kering tu pemangkin selere tu... Waktu sahur nanti kena ada baru lengkap!

    ReplyDelete
  2. Shedapnya... kita harini nak buat Pecel dan goreng ikan kembung aje untuk buka puasa..

    ReplyDelete
  3. simple tapi rasanya sangat mengancam

    ReplyDelete
  4. Ikan kekek mak iloi-iloi... bubuh daun limau purut bertambahlah aroma kuah udang lemak cili padinya tu. Oh,anak burung tak banyak makan udang ye SK.

    ReplyDelete
  5. Ini lauk sedap ni. Sekor dua makan dengan nasi lepas tu meratah pulak. Masak lemak cili api pedas baru ada umphh...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!