ASAM PEDAS AYAM BERBUKA HARI KEDUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, bila ditanya nak masak apa untuk berbuka, Pak Inche kata, nak Kari Ayam dengan Ayam Goreng. Yassalammmm.. baru kelmarin Sk masak Kari Telur untuk berbuka, ni nak Kari Ayam pulak. Minggu lepas pun dah masak Kari Ayam juga. Agak-agaklah sikit nak ikut tekak sendiri aje, hahahaha. Sk beritahu, nanti Sk goreng ayam aje, nak kari, Kari Telur tu ada sebiji lagi boleh kawan dengan Ayam Goreng. Kali ni kena ikut tekak Johor pulak, baru aci.


Asam Pedas Ayam.. haaa.. hanya orang Johor aje katanya yang masak Asam Pedas Ayam ni. Tak tahulah fakta atau auta. Inilah lauk berbuka semalam sampai Iman menjilat jari, hihi.


Pak Inche kata, Ayam Percik kat Pasar Ramadhan kecik-kecik. Dia beli organ ayam goreng pedas ni, sedap jugak. Semua ni, RM3. Yassalammmm.


Sk kat rumah goreng juga ayam sikit dengan organnya. Hati, pedal dan jantung ayam tu Sk suka kumpul tiap kali beli ayam.


Panaskan Kari Telur nan sebijik.


Onde-onde, kuih lapis dan seri muka serta cekodok pisang dari param.


Beriya Pak Inche kata nak sahur tosei kat Bismi. Sk ni dah serik dah sahur mamak. Mujur pagi tadi tak jadi ke Bismi, ngantuk katanya. Jadi, inilah sahur kami berdua. Nasi goreng perangat, sambal udang Sk makan dengan roti dan telur setengah masak untuk Pak Inche.

Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat berpuasa & selamat menikmati juadah berbuka

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa.
    Kat jdt ajekan ada adam pedas ayam

    ReplyDelete
  3. Kami anak beranak pun suka asam pedas ayam.Sebab kalau masak asam pedas ayam semua boleh makan.Kalau asam pedas ikan..si abang tu tak makan ikan..
    Pak Inche & kari berpisah tiada🤣

    ReplyDelete
  4. Simple-nya SK bersahur...kalaulah semua kat rumah ni nak makan telur 1/2 masak je senang kerja PH haha ... Ini tak hari² mau nasi 😅

    ReplyDelete
  5. tk pernh lg makan asam pedas ayam

    ReplyDelete
  6. Mak ai...terliur SA tnegok telur setengah masak tu..alangkah best nya kalau dapat..senang kerja..lagi best makan tu je terus kenyang sampai petang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!