SARAPAN MEE GORENG KAK SAB & NASI LEMAK KAMBING BAKAR TOKMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM, berpagi-pagian ke Dapur Tokma dengan Iman. Sebelum pukul 8 dah beratur, hehehe.


Tapi depan Iman pun dah ramai yang beratur. Dalam sistem, kami adalah pelanggan ke-7.


Memasing nak makan Nasi Lemak Kambing Bakar.


Sambil makan, sambil menikmati vitamin D.


Sampai sekarang tak boleh move on dengan keenakan Nasi Lemak Kambing Bakar Tokma. Ikutkan hati macam nakkkkk aje pergi lagi pagi tadi. Tapi, orang kata, ikut rasa binasa, ikut hati mati, hihi. 
Memang matilanakkkk kalau tiap-tiap pagi nak sarapan nasi lemak dengan kambing bakar. Ko tengok ajelah bil dia tu.


Kita pergi Kantin Pretty Azariah sajalah, tapau Mee Goreng Kak Sab, baru RM2.50. Sekian lama mengidam teringin, baru sekarang mendapat.  Tahniah, Kak Sab.. dah ada Bufet Ramadhan sendiri buat julung kalinya tahun ini. Jom beli baucer Iftar Ramadhan Buffet Vantage Bay 2023, bolehlah rasa masakan Kak Sabariah, memang rasa makcik-makcik masak tau!

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat menjamu selera
    Nampak sedapnyer kambing bakar tu

    ReplyDelete
  2. SA yang tengok gambar je ni pun dapat bayangkan mesti sedap ni nasi lemak kambing bakar

    ReplyDelete
  3. Jarang sgt nasi lemak digandingkan dgn kambing bakar... menu rahmatullah ni dah.. hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!