Assalamualaikum WBT
KISAH sebelum bulan puasa.
Sementara menunggu waktu pendaftaran 'Media Preview Lambaian Nostalgia By Suasana', kami singgah Lepak Corner kononnya nak minum-minum jer. Lepak Corner ni berdepan sahaja dengan Suasana Suites Hotel JB.
Hurmmm.. siapa suruh singgah.. kan dah ter-order Roti Mantou.. hahahaha. Sk memang tak boleh ya tengok menu Roti Mantou ni. Lepak Corner ni bosnya sama dengan Mana Cafe yang dulu dikenali sebagai Restoran Singgah Selalu. Sedap kari dia, kadang-kadang kat sini karinya kurang rasa kari sebab terlebih santan tapi yang ni, seimbang. Yang Si Iman pulak, ter-order Fries, hahahah.
Iman naik kuliah Semester 2, 19 Mac.. 22 Mac dah balik sebab esoknya cuti Awal Ramadhan yang bertindih dengan cuti Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor. Lapar katanya.. nak makan kat Johnny's Restaurant. Sk pulak kebetulan hari tu makan nasi awal pukul 10.30 pagi.
Jadi, walaupun sebenarnya dah tak berapa nak suka makan kat Johnny's ni, kita layankan aje la sebab itu yang terdekat. Sk pesan Kuey Teow Sup ala-ala Mee Celup. Abang Robert la yang hantar ke meja.. hurmm.. tak sesuai la Abang Robert bawa sup ni, sampai tumpah-tumpah tomyam Iman.
Kuey Teow Thai ni macam saiz suhun kan.. lembik dan sup pun tak berapa panas. Malas nak komplen, cakap sini aje la.. hahahaha. Iman makan Spicy Fried Rice kot. Nasi goreng set dengan tomyam semangkuk kecil dan Ice Lemon Tea. Tomyam tu isinya cuma cendawan enoki tapi sedap.
Licin jugak isinya 🤣.. beli kot. Membazir kalau tak habiskan. Sup tu kuat rasa minyak bijan tak mampu nak hirup sampai kering mangkuk. Lepas tu, singgah jap dalam aeon katanya stok baju raya baru sampai.
Sk memang minat kebaya sejak zaman remaja, hehehe. Sebab tu tahu jenis-jenis kebaya, kalau yang leher empat segi ni, namanya Kebaya Kota Bharu. Cantik sangat tapi... kainnya keras kejung. Ni lepas cuci kompom berkedut dan susah nak gosok bagi licin.
Ada warna putih, yang ni bahagian cantuman dada tu polos.
Merah pun ado.. ni cantik dipadankan dengan kain batik. Kalau kainnya lembut memang dah tangkap tiga-tiga warna tu agaknya.. ahahahaha. Kelebihan kain keras ni dia terletak elok kat badan tapi dengan syarat kau berdiri jer tak gerak-gerak. Kalau dah duduk bangun duduk bangun, nak pulak duduk lama dalam kereta terikat tali pinggang keledar, memang hilanglah serinya jadik berkedut. Tu yang tak nak beli walaupun cantik dan murah.. huhuhu.
Meriahkan kak lepak corner tu, belum dapat nak singgah lagi..
ReplyDeleteBetul Kak kebaya KB tu Lin ada dua, dua-dua dah bagi orang sebab malas nak mengosok hahahaha
sama la kita kak, tak boleh tengok kalo ada roti mantou..febret, lagi2 kalo kuah dia ngam!
ReplyDeleteMantao sedap..makan panas-panas dengan teh 0.
ReplyDeleteBaju kota bharu saya pun suka sebab cantik.Cuma badan ni yang tak cantik nak pakaiðŸ¤
Mata terpandang plak kebaya tu ha....bila la kita nak kecik balik and boleh pakai kebaya erk,...
ReplyDelete