KARI TELUR & SAMBAL UDANG PETAI UNTUK BERBUKA HARI PERTAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


BERBUKA puasa hari pertama, korek apa yang tinggal dalam peti ais. Ada baki udang yang sepatutnya dijadikan rencah mee atau nasi goreng, Sk masak sambal dan ada baki petai juga, maka jadilah Sambal Udang Petai, hehe.

Pak Inche mintak tambah lauk Kari Telur Rebus, baik tuan! Teringat jugak sayur baby kailan ada sebungkus lagi, lengkaplah hidangan berbuka yang sederhana. Sk ingatkan Pak Inche, jangan beli lauk di pasar ramadhon bila Sk dah disuruh memasak. Pak Inche kata, takkan nak beli kuih pun tak boleh? Laaa.. orang kata, lauk. 


Dalam hujan Pak Inche pergi jugak ke Param, basah kuih-kuihnya. Pak Inche cuma beli talam ubi, seri muka dan karipap. Lemang tu, dia beli dari pasar malam hari selasa, Sk panaskan. Ingatkan pagi tadi sahur nasi tapi Pak Inche beli roti, nak sahur dengan telur separuh masak.


Sahur pagi tadi macam sarapan pagi jer. Jadi, masih ada lauk lebih nampaknya, mungkin boleh bawa ke sahur esok. Sebenarnya rasa serik jugak sahur kat mamak kelmarin bila apa yang nak dimakan tak ada. Tu satu, kuahnya pekat likat macam dah dipanaskan berkali-kali. Ah, tak mahu lagilah sarapan kedai mamak. Susah-susah, tak apalah kita memasak.. tak gituuuuhhh.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita lupa pesan kat Encik Suami, tak payah beli kuih, tapi kelmarin dibelinya juga.
    Dapur kita tak berapa berasap permulaan puasa ni, masih sibuk menoreh siang malam hahahaa.

    ReplyDelete
  2. pak encik saya pula katanya kita kena pergi bazar ramadhan untuk gerakkan ekonomi bantu peniaga kecil...masalahnya beli kuih nanti keluar masuk peti berhari2..sabor ajelah puasa2 ni

    ReplyDelete
  3. Telioq pulak tengok kari telur tu SK 😍
    Lemang tu pun dah tak tunggu raya ye dia muncul haha....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. Hari ni x tau la apa juadah kat rumah SA sebab SA kerja kan..malas plak nak tipon tanya...kalau dapat tauhu sumbat pun sedap jugak kan SK?

    ReplyDelete
  6. bagus tu..berbuka secara sederhana. sy pun suka jika isteri memasak tp jika dia penat, sy beli lauk di PARAM aje.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!