Assalamualaikum WBT
DAH tinggal kenangan ya 'Kulai Food Street Market' yang dibuka di kawasan perniagaan baharu Jalan Kiambang, Bandar Indahpura, Kulai. Sk sempat datang sini sekali aje semasa ia baru dibuka. Tapi, kenapa tah tak post-post dalam blog, hahaha.
Poster ni dah cantik tapi ada tong sampah depannya. Konsep kat sini, gerai-gerai, kita pesan dan dia hantar ke meja, ada jugak yang kena layan diri, tunggu makanan siap dan bawa ke meja. Ramai giler manusia masa SK datang ni, tak tahu mana silapnya sampai tempat ni dah tak beroperasi.
Pak Inche makan Bihun Sup Utara, ada dua jenis sambal, merah dan hitam (sambal kicap)
Bihun Sup Utara kalau makan dengan Sambal Kicap, bukanlah Bihun Sup Utara rasa dia.
Pak Inche beli sate.. gedabak-gedabak satenya.
Sk tertarik dengan gerai The Egg Attack ni.
Macam Bask Bear Sandwich tapi masa ni Bask Bear belum ada lagi di JB
ABC tu Iman punya.
Ni pun Pak Inche order jugak. Iman order apa, tak ingat pulak, cerita dah lebih setahun, hihi.
Kulai Food Street Market ni terbahagi kepada dua iaitu bahagian halal dan tidak halal.
Tapi, dua-dua pun dah tak dibuka lagi. Entry ni sebagai salah satu bukti Kulai Food Street Market ni pernah wujud. Tak tahulah ke mana mereka-mereka ni berniaga sekarang. Walau apapun, semoga dipermudahkan urusan mereka semua, insyaAllah.
7 Comments
Tak dapat sambutanlah agaknya tu
ReplyDeletenak kata tak dapat sambutan tapi ramai orang...tempat pun nampak meriah
ReplyDeletekalau petang esok tengok mihun sup utara tu mau tak senang duduk
Sayangnya, dah tak beroperasi. Kot depa pindah tempat lain kot, sewa mahal. Sedapnya tengok sate.
ReplyDeleteSayangnya...
ReplyDeleteEntah apa la sebab agaknya..
ReplyDeleteapapun salam Ramadhan Kareem untuk SK sekeluarga
kurang promosi kot...sayangnya, food semua nmpk best...
ReplyDeleteAlahai sygnya..port makan dah elok cantik strategik dan orang dah ramai tau ye SK..tiber dah xde...masalah dalaman pengurusan la ni rasanya
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih