Assalamualaikum WBT
SELAMAT kembali ke sekolah buat anak-anak yang memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2023 hari ini. Bagi anak-anak yang akan bermula sesi persekolahan esok, selamat berjimba-jimba pada hari terakhir hari ini, hehehehe. Khamis ini pula, kita akan mula berpuasa. Semoga kita semua diberikan keafiaatan dalam menjalani ibadah sepanjang di bulan Ramadhan.
Malam tadi, Iman pun dah balik semula ke kolej bagi memulakan semester kedua pengajiannya di UTM, hari ini. Nampaknya juga semester kedua ni, jadual Iman agak padat berbanding semester lepas. Semalam pagi, kami anak-beranak bersarapan di sebuah restoran mamak baharu, Al Safa, yang dibuka di Gelang Patah, bersebelahan dengan Restoran Anjung Selatan. Tengahari pula, Iman pergi jemputan kahwin kawan dia masa sekolah rendah dulu.
Sotong goreng kicap tu fav Dania...fav SA gak..selalu gak masak untuk bekal sebab cepat masak kan...
ReplyDelete