MAKAN DI RESTORAN YEO SEKELUARGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

IMAN kata, sebelum dia balik kolej, boleh tak kalau nak makan di mana-mana restoran seafood. Sebabnya, dia nak makan makanan bukan seafood yang cuma ada dijual di restoran seafood, hehehe. Kami ke Restoran Yeo Sekeluarga di Gelang Patah.


Chicken Lemon.. makanan bukan seafood yang cuma ada di restoran seafood. Ada juga sebenarnya beberapa kopitiam atau restoran biasa yang ada menu ni tapi susah nak jumpa. Kalau Butter Chicken atau Salted Egg memang banyak. Bagi kami, RYS sekeluarga antara tempat menikmati Chicken Lemon yang sedap. Dekat sini saiz paling kecil untuk Chicken Lemon ialah saiz M, RM18.


Ambil Baby Kailan Goreng Sos Tiram saiz S, RM13. Secoet jer sayurnya,  dapatlah tiga empat lai seorang.


Satu lagi menu bukan seafood yang sering jadi pilihan setiap kali ke sini, Hot Plate Beancurd, RM16.


Menu bukan seafood jugak, Daging Halia, saiz S, RM20. 


Blur pulak gambar ni.. Cha Kueh Mayonis, RM16, saiz S jugak. Ni menu wajib la setiap kali ke sini.


Satu-satunya seafood, Sotong Telur Masin, saiz S, RM25.


Tak ambil ikan malam tu.
Jumlah hangus termasuk tiga mangkuk nasi putih, dua lemon ais dan satu sirap lemon ais, RM116.40.

Burppp.. Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wow, sedap2 belaka menunya. Terliur tengok 🤤

    ReplyDelete
  2. Menu bukan seafood, di restoran seafood. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Makanan kat restoran seafood selalunya sedap- sedap kan..memang x mengecewakan..nak makan macam ni SA kena makan ngan En Tunang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!