MENGINAP 2H1M DI FRASER PLACE PUTERI HABOUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


CUTI semester pertama Iman bagi pengajian semester pertama, nampaknya hanya dihabiskan di rumah. Masa tak ada cuti, babahnya sibuk ajak berjalan, bila dia dah cuti, Pak Inche pulak sibuk dengan kerja. Akhirnya, pilihlah percutian dalam negara negeri Johor sahaja. Bukan saja dalam negeri Johor, tapi dalam daerah Johor Bahru, cuma 15 minit dari rumah, hahahaha. Walaupun begitu, inilah antara percutian ter-best bagi kami anak-beranak sebab tiada tekanan mengadap kesesakan lebuhraya.


 Terlanjur dapat jemputan Media Preview Ramadhan 'Sajian Dari Dapur Ayahanda', Pak Inche terus buat tempahan Two Bedroom Deluxe di Fraser Place Puteri Habour (FPPH).


Ini merupakan kali kedua kami menginap di FPPH. Kali pertama dulu, Sk menang hadiah captured angka PV 4646464 blog Sunah Sakura. Hadiahnya pakej penginapan 2D1N di Fraser Place termasuk sarapan pagi untuk dua orang.  Masuk-masuk bilik terus kagum tengok interior design apartment dua bilik ini. 


Sama seperti  Studio Deluxe yang Sk pernah inap sebelum ini, ianya turut dilengkapi dapur dengan induction cooker dan peralatan memasak termasuk periuk dan kuali serta kelengkapan pinggan-mangkuk. Ia juga lengkap dengan mesin basuh dan pengering pakaian berasingan, gerekkkk sehhhh!


Peti Ais dua pintu dengan bahagian chiller dan freezer berasingan.


Mesin Pencuci Pinggan pun ado!


Mesin kopi juga disediakan.


Kelengkapan dining.


Cutlery


Periuk dan kuali stainless steel khas untuk kegunaan induction cooker


Sudip, senduk dan pisau


Alas periuk dan glove disediakan juga.. seperti berada di rumah sendiri.


Ruang tamu dan ruang menonton depan kitchen. 


Bilik kedua dengan kelengkapan almari, bilik mandi dan televisyen.


Ruang pancur, sinki dan tandas di bilik kedua tiada tub mandi.


Jubah mandi juga ada di bilik kedua.


Ada pintu lain yang menghubungkan bilik air dengan ruang tamu dan dapur.


Toileteries.. lupa eja cemana.. haha. Dapat tiga jenis tuala, tuala tangan/ muka, tuala rambut dan tuala mandi.


Master Bedroom.


Ada wardrobe tersembunyi di sebelah tepi yang berhubung dengan bilik mandi.


Ruang tandas dan mandi terpisah dengan pintu kaca


Boleh pilih nak guna pancuran atau berendam dalam tub. 


Cermin berlampu menerangi alam. Kekurangan biliknya tidak dilengkapi cermin, jadi, kena bercermin dalam bilik air.


Seterika dan papan penggosok disediakan.


Sk membayangkan kalau anabul ikut, mesti dorang bergayut pada ikan-ikan tu.


Dekat sebelah hotel ada Pasaraya Pasar.. meronggeng ke sana sekejap tengok minyak masak 5 kilo ni murah, tapi takkan nak berjinjing pulak bawa naik hotel, haha.


Deodorant pun murah RM4 dari Pasaraya Mydin. Sk beli maggi, lasagna dan pizza sebab lapar belum lunch.


Panaskan air nak masak maggi.


Maggi rebus semata, tak ada bawang dan cili, telur lagilah tak ada.


Tapi, kenapa tah, rasa.. inilah maggi yang tersedap Sk makan, hahahaha.


Iman makan Beef Lasagna. Panaskan 7 minit dalam microwave ikut arahan pada label bungkusan.


Petang tu, mandi lagi sekali, kemudian turun ke Media Preview Sajian Dari Dapur Ayahanda.


Lauk-pauk dari Dapur Ayahanda.


Menu eksotik dari Dapur Ayahanda.


Kuih-muih dari Dapur Ayahanda.


Makan bufet durian di lobby.


Lawan perut.


Gaya merajuk.


Tunggu Pak Inche Sapkoktang sebelum naik bilik.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Abang haji macam geram nak beli peti ais tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. tak pernah jumpa esbox hotel dasat cam tu, uncle.

      Delete
  2. Kalau SA..SA pilih untuk berendam dalam bath tub...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat.. balik makan dah kekenyangan karang berendam makin kembung 🤣

      Delete
  3. Bestnya mewah sangat kak... best staycation kalau bilik mcm tu... x payah ke mana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat best Mim, kalau nak bercuti ke JB, bolehlah Mim stay sini.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!