Assalamualaikum WBT
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Semalam, kami semua berkumpul di Restoran Kuntum Selasih bagi menyempurnakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Kata sepakat, di samping menu utama yang ditempah dari Kafe Pretty Azariah, kami juga buat Pot Luck.
En Nas bawa Pizza. Belum mula majlis, dah kena cukai dulu, hihi.
Dodol Mini, Sk bawa juga.
Pelbagai jenis roti, tak pasti siapa bawa, mungkin staf pastri.
Puding Koktel juga dari Shasha dan buah anggur dari Rafidah.
Kek Klasik dan Puding Jagung.
Bubur Kacang Durian.
Kuih-muih seperti Karipap, Seri Muka, Bom, Cara Berlauk yang ditapau dari gerai sarapan. Naza bawa kek marble yang bulat tu. Kemudian ada yang sumbangkan Fruit Tarts dan Brownies. Fruit Tarts tu sedap sangat.
Brownies.
Fruit Tarts
Asam Pedas oleh mak Siti. Siti tu staf Automotif, yang masak asam pedas ni, mak Siti, hehehe.
Mungkin ini Nasi Lemak.
Burasak dibuat dan dibawa oleh Kak Aisah. Ini makanan pertama Sk ambil semalam. Makan dengan Asam Pedas Ikan Tenggiri. Rasanya dua gandingan hasil komplot Kak Aisah dan Kak Patimah, pembantu am di pejabat Sk.
Lepas tu, Sk makan pulak Soto Nasi. Soto oleh Khadibah, pengajar kursus penyediaan makanan. Tiga kali okey Sk makan soto nasi semalam. Sekali masa majlis, sekali pukul 2 dan akhir sekali makan lepas balik kerja, hahaha.
Rojak Asma oleh Hasrima, juga pengajar kursus Penyediaan Makanan.
Tomyam
Cheese Tart sumbangan Ain dan Arifah, pengajar kursus Sistem Maklumat. Nampaknya kali ini ada kelainan pada menu pot luck dengan
Pot Luck sebelum ini.
Foto-foto dulu sebelum majlis dimulakan.
Ni semua chef.
Lelaki selalu tak cukup korum.
Wajah semua ada nurrrrr.
Bacaan Surah Yassin dipimpin oleh Ustaz Farhan, nama arwah dibacakan Ali dan Faisal urusetia slide.
Ustaz Farhan memimpin bacaan surah Yassin.
Bergambar dulu sebelum jamuan. Syukur Alhamdulillah.
Wah sedap2 menunya..selamat berpuasa SK sekeluarga
ReplyDeleteMata SA terpaut pada puding jagung dan rojak
ReplyDeleteMeriahnya kakkk.. seronok kalau potluck gini... puding tu akak buat ke? makan sejuk-sejuk sedapnyaa..
ReplyDeleteBurasak dengan asam pedas ikan tenggiri tu kita nak cuba masaklah nanti.
ReplyDeletemeriah menu potluck....salam ramadhan....selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam Ramadan 1444H!
ReplyDelete