NASI GORENG SAHUR 7 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

JENUH ya nak kejar entry Ramadhan 1444H ni.. tapi SK cuba. 

Hari yang ada game Malaysia vs Hong Kong tu, Sk tersedar tengok jam lagi 10 minit pukul 2 pagi. Nampak lampu bilik air menyala dari celah-celah pintu, jenguk keluar tengok kereta Pak Inche dah menjalar.. haaa.. baru balik la tu agaknya. Sk terus ke bilik air belakang, lalu meja dapur nampak ada bekas-bekas makanan.

Keluar bilik air, eh.. Pak Inche tengah buka bekas nasi dengan lauk ikan goreng dan gulai ayam kot, dorang edar makanan kat stadium tadi, katanya. Pak Inche kata, sahur jom! Sahur apanya, baru pukul 2.., kata Sk. Tak apa, sahur sekarang aje. Ah, tak nak.. nanti laparrr cepat, hahahaha. Lagipun, nanti kan babah nak makan ubat, takkan nak makan ubat awal sangat? Leter Sk. Dalam pada berleter tu, capai satu kotak bekas tu, ada Bubur Sagu dan Bingka Ubi seketul, tak agak-agak terus ambil sudu.. licin sekotak, hahahaha. Lepas minum air segelas, terus masuk tidur, aiiii.. bertuah!


Sk set alarm jam 5, bila alarm berbunyi... aiii.. beratnya badan nak bangun, matikan alarm, baring sekejap, baru nak terlelap semula agaknya, terdengar azan berkumandang. Sepanjang bulan puasa, memang ada laungan azan kejut sahur dari masjid berhampiran. Automatik tegak badan, masuk dapur terus capai kuali dan buka api dapur dan terjadilah Nasi Goreng. Tak lama dengar Pak Inche keluar bilik, ajaklah sahur sekali, sebab kena makan ubat, kan. Makan dua sudu aje la Pak Inche tu. Sk macam biasa, tak adanya nak makan sikit-sikit, alang-alang memasak, biar makan banyak, hahahaha. 

Kita tayang gambar dari dalam kuali ajelah ya... Syukur... Alhamdulillah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hah betul, alang² dah memasak makan je hikhik...

    ReplyDelete
  2. hebat kak boleh sambung tidur lepas makan kalau saya mau terkebil2 sampai ke pagi

    ReplyDelete
  3. Sahur berdua lagi senang citer..x yah pening2...buat nasi goreng je kan

    ReplyDelete
  4. ingatkan azan subuh tadi...rupanya azan kejut sahur...huhu...sahur dessert dulu...hihi..

    ReplyDelete
  5. Sama macam masjid sini. Sejam sebelum subuh, ada azan. Sedap, nasi goreng.

    ReplyDelete
  6. Time SK bangun masak nasi goreng, di LD sudah berkumandang azan subuh.

    ReplyDelete
  7. dua kali sahur la maksudnya ni..hihihi

    ReplyDelete
  8. Pagi tadi baru kita makan lempeng kak, kalau tak air kurma jerr..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!