Assalamualaikum WBT
KONON hari tu tobat dah tak nak sahur kedai mamak tapi bila Pak Inche dok berzikir nak makan tosei, kita layankan ajelah. Kali ni, kami ke Bismi Curry House pulak, tak mahu pergi Restoran Thoufeeq. Dapat akhirnya Pak Inche makan tosei dengan kari kambing. Sk mula nak makan Maggi Sup tapi nanti tak feeling pulak nak hirup sup panas laju-laju kejar waktu imsak, kan.. jadi, layanlah tosei kari kambing sama dengan Pak Inche. Imannya tak nak ikut, kita tapaukan dia Maggi Goreng, ingatkan dia masih belum boleh puasa, rupanya dah puasa dia kata, terbabas dia tak sahur semalam, maggi goreng masuk peti sejuk.
Sejak hari pertama puasa belum lagi bersahur dengan Iman, sampailah dia dah balik asrama pun malam semalam. Pagi ni Sk panaskan la Maggi Goreng tu, kalau tak dimakan entah sampai bila tersadai.
Untuk Pak Inche, kita buatkan Scramble Egg aje makan dengan roti, tu pun tak habis.
Tambah telur mata makan dengan maggi goreng. Sedap jugak maggi goreng kat Bismi ni, mungkin tengok jugak siapa yang menggorengnya sebab pernah juga dapat maggi goreng lembik. Lepas kemas dapur, terus siap-siap nak pergi kerja. Hurmmm... Penangan empat hari cuti sakan, nahhhh.. hadaplah hari ni, jammed rabak dari dalam taman sampai masuk jalan Tampoi, giler!!! Huhuhuhuhu..
Sama menu sahur kite harini 🤣. Maggi goreng lagiii. Cumanya pagi tadi abah Ahnaffia yang buat. Kemain selera pulak 2 beradik tu sahur. Copea pun bangun sahur tau bonda 🤣
ReplyDeleteni gara2 hari tu la mami sebut maggi goreng, hehehe
Deleteakak keluar sahur pukul berapa?
ReplyDeletedalam 4.45 keluar rumah.. kedai dalam 5 - 6 minit sampai
DeleteWak biasanya 30 harilah berbuka dan bersahur di rumah
ReplyDeletesejak tahun lepas dah pandai sahur mamak, hehe
Deletetunggu la iolls dah ada suami sikit masa je lagi ye...hehehe...nanti kita nak sahur berdua plak macam uolls...ai olls is jeles la...hahaha
ReplyDeletehahahah.. cepat2 lah..
Delete