SARAPAN DI FRASER PLACE PUTERI HABOUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


Sambung kisah Penginapan 2H1M di Fraser Place Puteri Habour. Malam-malam tu lepak tiga beranak sambil tengok rancangan Hiburan Minggu Ini tahun 90-an, zaman kegemilangan Fauziah Latif, hehehe. Iman kata, cantiknya FL dulu-dulu. Sk beritahu, sebelum DCT, FL la jadi pujaan seantero Malaya. Masuk pertandingan apa pun semua dia menang. Sambil tu, Sk masak pizza yang beli kat Pasar tu guna  microwave. Tak berapa menjadi daaa.. dia nak kena guna oven jugak, dah jadi kejung pizza tu. Lepas tu rasa susah nak tido.. tiga-tiga orang tak boleh tido. Entah macam mana, Sk fikir, baik cuci baju, padahal tak plan pun nak cuci baju, hahaha. Mesin dah ada, kannnn.


Esoknya, baru Sk pindahkan pakaian yang dah dicuci ke dalam dryer. Pukul 8.30 pagi macam tu, barulah kami turun sarapan di Swatches Restaurant dan terkejut jugak, ramai giler orang, hahah. Tapi, walaupun ramai, masih ada meja dan tak jammed. Seperti kebiasaan, Sk ambil American Breakfast dahulu, Pak Inche dengan Nasi Lemaknya la.. tapi, telur rebus tak ada pulak.


Pinggan kedua, Bihun Goreng dan Kuey Teow Goreng. Kedua-duanya sedap. Eh, ada sate jugak sarapan kat sini.


Iman cakap, bonda, lontong dia sedap. Haaa... Ambil pulak Lontong. Tak ada telur rebus, kita pecahkan telur separuh masak, hahaha. Memang betul lontong dia sedap, nak nak, lengkap pulak dengan sambal kacang.


Macam makan tak ingat dunia ya. Konon-konon, dah nak puasa, kan.. kena makan puas-puas di siang hari. Kita ambil makanan India pulak. Idli cicah kuah dhal dan masalode. Serius, kuah dhal dia sedap sangat. Jarang la jumpa kuah dhal hotel yang betul-betul sedap. Kedai mamak pun kadang asal boleh saja kuah dhalnya.


Balik dari sarapan, tengok kain baju pun dah kering. Sambung melipat dan mengemas masuk luggage pulak. Ahhh.. lega, tak bawa balik baju kotor kecuali baju yang pakai tidur tu aje la. Best sangat la stay kat Fraser Place Puteri Habour ni. Singaporean bulan puasa ni, jika rasa nak staycation di Johor sambil shopping kelengkapan raya, bolehlah menginap di sini. Untuk Two Bedroom Deluxe ni, Sk dapat 'goverment rate' RM485+/inclusive breakfast per room per night. Sarapan tu untuk 4 orang.


Lepas check-out, terus ke Paradigm Mall. Selepas sesi pujuk memujuk dan ampu mengampu bapaknya, dapatlah Si Iman ni ipad baru seketul sebab yang lama tu dah nazak. Senang nak bawa pergi kelas katanya. Iyolah tuuuuu.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!