KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


BERKURSUS lagi Rabu dan Khamis lepas, juga di Hotel Seri Malaysia. Kursus kali ini cuma melibatkan pegawai, penolong pegawai dan ketua sektor. Selepas mengesahkan kehadiran, sarapan dulu dengan bufet sarapan di cafe hotel yang terletak berdepan dengan dewan kursus. Kononnya tak nak makan banyak la tapi sekarang rasa menyesal pulak sebab tak makan betul-betul semua hidangan bufet yang disajikan sedangkan syarikat dah bayar penuh. Hurmm.. tulah orang dah kata, biar menyesal makan dari menyesal tak makan, huhuhu.


Menimba ilmu dalam Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemahaman Penyata Untung Rugi dan Aliran Tunai. Objektifnya bagi memastikan pegawai atasan dan bawahan memahami sasaran syarikat yang bergantung kepada kursus-kursus termasuk kursus jangka pendek sebagai pendapatan syarikat. Walaupun kolej sepenuhnya di bawah Kerajaan Negeri Johor tapi kami perlu mendapatkan pendapatan sendiri, tiada tajaan dari mana-mana pihak. Hah, pening jugak memikiokannya. Harap maklum, generasi Z pasca PKP ni ramai yang dah tak minat menyambung pelajaran sama ada dalam bidang profesional atau kemahiran. Ramai yang lebih suka bekerja di shopping mall atau sebagai penghantar makanan. Masa muda ni, bolehlah dikkkk. 


Makan Tengahari.. Nasi Tomato berlauk Ayam, Daging Lembu, Telur dan Sayur Kubis serta Acar Rampai. Nasi Tomato tu Sk anggap jer nasi tomato berdasarkan warna dan rupanya, hehehe.


Hotel Seri Malaysia Johor Bahru terletak di Larkin berdekatan dengan Larkin Sentral yang menempatkan perhentian bas ekspress dan pasar besar. Larkin ni juga merupakan lokasi banyak tempat makan yang pernah Sk kongsikan dalam Alam Sari Di Tanah Jauhar ini antaranya Bubur Nasi Istimewa, Warung Boyan, Belly Treats, Gerobok Dessert, Nasi Blauk, Salai Valley, Pondok Santapan dan banyak lagilah sampai tak tercerita di blog, hahaha.


Kami diingatkan untuk membawa laptop.. laptop Sk dah innalillah selepas PKP, jadi pinjamlah Iman punya. Tapi, guna sekejap aje pun.


Hari kedua kursus, nampaknya tiga hari kursus di HSM tak dapat Mee Goreng sedap macam masa Kursus Pengurusan Data Peribadi tahun lepas. Terpaksalah goreng mee sendiri dekat rumah tapi yang tu kenapa tah, malas nak ambil gambar. Goreng mee tu pasal nak habiskan mee kuning dan sawi  yang masak Mee Hailam tu.


Kursus dimulakan dengan ummul kitab dan bacaan doa oleh Al-Fadzil Ustaz.


Cuaca hujan beberapa hari di Tanah Jauhar menambah hawa sejuk dalam dewan, macam sedang berkursus di Cameron Highlands, hahaha. Karang cakap macam kursus kat London, ada pulak yang pertikaikan, kan.


Penerangan tentang kewangan selayaknya disampaikan oleh pegawai kewangan di syarikat kami, Pn Ezreen.


Hari yang sama ada Majlis Perkahwinan diadakan di HSM. Kawan Sk cakap, Sk boleh join jadi ahli keluarga pengantin sebab warna baju sama tema dengan keluarga pengantin. Sejibik sejibun, hahaha.


Sk syak, menu lunch kami seperiuk dengan menu kenduri dorang, ahahaha. Menunya, nasi beriani berlauk Ayam Masak Merah, Daging dan Acar Rampai.


Latihan dalam kumpulan. Seronok ya main dengan nombor-nombor ni. Paling seronok bila di akhirnya jawapan kita seimbang. Kumpulan Sk ni ada yang dari cawangan Kluang dan Batu Pahat.

        

Semua sedang tekun mengira dan menyemak. Calculator kemahen beso!


Yang tengah tu, Hasrima, dah melahirkan ramai chef berbakat dan yang hujung tu, Siti Azlina, fashion designer tau. Baru-baru ni Ina telah terlibat sebagai pereka fesyen bagi Konsert DiRaja, Kementerian Pelajaran Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Bila ada kursus-kursus atau majlis-majlis barulah bertemu muka kalau tak jumpa dalam muka buku aje.


Penutup makan-makan kursus minggu lepas, Laksa Penang dan Pulut Panggang. Sedap laksa tu sebab dia guna mee laksa basah tu, terus teringat Laksa Penang Tini.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sesekali training mcm ni best...SA suka...especially bab makan la..hehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!