Assalamualaikum WBT
Bulan Ramadhan bakal menjelma
Bulan Sya'ban pasti berundur
Marilah berbuka puasa dengan Sajian Dari Dapur Ayahanda
Semestinya di Fraser Place Puteri Harbour
Dengan menyajikan lebih 200 hidangan, Fraser Place Puteri Habour pada bulan Ramadhan yang akan datang, membawakan tema 'Sajian Dari Dapur Ayahanda' dengan pilihan menu-menu eksotik yang jarang-jarang ditemui di mana-mana bufet berbuka puasa. Sk berpeluang mencuba sendiri menu-menu tersebut ketika Media Preview Ramadhan Buffet bertempat di Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour baru-baru ini dan teruja menikmatinya, ah bila lagi nak makan kan, bukan senang nak jumpa tau.
Tercapai hasrat anak tekak nak makan Belangkas Sambal Telur. Penggemar belangkas pastinya leka mengorek telur belangkas yang dimasak sambal. Sk suka rasa sambal yang tidak terlalu pedas. Telur dia sedap tau!
Puas mengorek telur belangkas, leka pulak menyedut Siput Sedut Batang Keladi. Siput sedut yang dimasak lemak cili api dengan batang keladi ni sangat sedap terutama bila kuahnya digaul bersama nasi putih.
Iman la paling teruja bila nampak Siput Gonggong Sambal Mangga ni dalam kuali. Sebaik sahaja acara makan bermula, terus dibawanya sepinggan siput gonggong ke meja. Jika siput sedut ada topi, siput gonggong ni pulak ada duri yang perlu ditarik untuk mengeluarkan isinya yang gebu dan liut tu. Kalau tak jumpa durinya, ada lidi disediakan untuk mencucuk dan menarik keluar isi siput tu.
Kalau anda biasa jumpa Belut Paprik atau Sup Belut di Restoran Tomyam, Sajian Dari Dapur Ayahanda menampilkan hidangan Belut Cili Terung Pipit. Belutnya digoreng dahulu sebelum dimasukkan ke dalam masak lemak cili api bersama terung pipit dengan aroma daun limau purut.
Nampak sahaja Kulit Lembu Sambal Tahun ni, dah tahu keenakan rasanya. Rasa kuahnya berempah dan sedikit manis macam perapan sate, sedap dinikmati bersama nasi putih.
Lain dari yang lain, menu dia, eksotik. Sedap-sedap belaka... terliur dibuatnya..
ReplyDeleteSedap masakannya. Tentu tidak menyesal bagi mereka yang pertama kali mencuba, Nur.
DeleteRamainya menu sesedap
ReplyDeleteMana satu nak pilih
Sy pilih semua!
Delete