Assalamualaikum WBT
HARI ini, berlangsung di pejabat, Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan, lusa.. insyaAllah. Seperti biasa, jika ada majlis-majlis macam ni, untuk jamuannya kami memilih pot luck. Serik melempeng pagi-pagi buta masa Pot Luck yang lepas, kali ni Sk memilih membuat Puding Kastard Berkuah yang boleh disediakan lebih awal, jadi taklah sampai termimpi-mimpi 'makanan tak siap', hahaha.
Salah satu sebab Sk pilih Puding Kastard Berkuah ni, semua bahannya memang ada dalam stok. Antaranya, tepung kastard cap bird's ni. Setiap kali tengok tepung jenama ni, mesti terbayang wajah Dato Chef Wan yang mengiklankannya sambil buat gaya mengepak.
Sukat bahan.. Tepung kastard secawan
Gula 5 sudu besar
Air 5 cawan.. nisbah tepung dan air mesti sama banyak untuk dapatkan adunan yang tidak keras dan tidak juga lembik. Gula boleh kurangkan, ada yang suka tawar, bolehlah kurangkan 2 sudu gulanya. Kacau dulu tiga bahan ini sehingga tepung larut sempurna sebelum diletak atas api sederhana. Masukkan juga garam hujung sudu.
Bila dah kacau larut, warnanya kuning susu.
Sediakan bekas atau acuan kegemaran anda. Sk ni kan dulu meniaga, memang banyak ya bekas ni tersimpan dalam kabinet.
Masak adunan kastard atas api sederhana besar sambil dikacau guna hand whisk. Bila rasa adunan tu dah mula mengental, kecilkan sedikit apinya. Kacau terus jangan berhenti sampai adunan menjadi berkilat dan mula membuat letupan kecil.. plup.. plup.. kacau lagi dua tiga minit, kemudian tutup api dan terus cedok masuk dalam acuan.
Dengan sukatan pertama tadi, Sk dapat 25 bekas sahaja, kawan-kawan ada 40 orang. Kesian pulak nanti ada yang tak dapat. Jadi, Sk bancuh lagi, baki tepung tu adalah dalam semangkuk kecil sebab tepung tu baki dari buat puding yang lepas. Kali ni dapat lagi 11 mangkuk, dapatlah 36 mangkuk semuanya.
Masak kuah susunya pula, Sk gunakan 2 tin susu cair, 2 tin air dan 12 sudu gula pasir. Ngam untuk 36 mangkuk puding tadi.
Fruit Cocktails ni pun memang ada dalam stok, masa beli tu, Sk baca isinya buah import sekali bila buka, local fruit. Nenas, betik, nata de coco dan adalah tiga ketul potongan ceri.
Masuk ajelah apa yang ada, ngam satu tin tu masuk sesudu sebekas.
Masukkan susu, sesenduk kecil, ngam jugak untuk 36 bekas. Senang nak bajet kalau nak buat lagi lain kali. Mujur jugaklah Sk terus masak susu tu dua tin.
Dah tuang susu, sejukkan suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk.
Kena cukai sebekas dengan Pak Inche, tu pun dia mintak lagi, Sk tak bagi, kesian dia. Sk janji, nanti buat lain la, hahaha. Pagi ni, terserempak Angah, dia sarapan kat kantin Kak Sab, Sk bagi sebekas. Masa jamuan, eh, teringin jugak, ambillah sebekas.. sebab macam tak sampai 35 pun yang datang yasinan, dia ada lebih.. uishhh.. sedapppp.. bini sapelah yang pandai sangat masak Puding Kastard ni ek.. hahahaha.. hahahaha.
Nampak sedap tu..kita failed buat apa2 puding or kuih...tapi kita nak cuba la
ReplyDeleteCuba la SA. Resepi kita tu gerenti jadik!
Deletemenu feveret gak ni , kak ana pun dah ada stok bahan nak buat untuk buka puasa nanti, In Syaa Allah selamat berpuasa SK :)
ReplyDeletekita nak kena restock ni, dorg ni malam2 suka dessert
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menyambut kedatangan ramadan
Selamat berpuasa juga buta wak sekeluarga
Deleteesok ada makan-makan kat pejabat selalunya dana rajin masak tapi entah takde mood lak nak masak apa-apa ni
ReplyDeletekalau tak ada mood, bawa perut jer, hihi
DeleteWah! I like!
ReplyDeleteuncle minta aunty buatkan
DeleteSaya tengok pun nampak sedap. :D
ReplyDeletehihi..
Deletesedappp ni mkn sejuk nyamann je tekak
ReplyDeletefeberettt jga
lamaa x mkn
betul, makan sejuk2 sedap
DeleteSaya pun terliur..... 🤩
ReplyDeleteSaya juga antara yg setia dengan Bird'd Custard.
ReplyDeleteTeringat thn lepas jenuh mencari bila kebanyakan tempat habis stok.Cuba brand lain untuk buat biskut dahlia..Tapi tak sama hasilnya..Akhirnya baru teringat shopee..Alhamdulillah dapat stok..hihihi