Assalamualaikum WBT
SALAM Ramadhan dan di kesempatan ini Sk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan semoga pembaca diberi keafiaatan oleh Allah swt sepanjang bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, doa agar bertemu Ramadhan kali ini dimakbulkan Allah swt, syukur Alhamdulillah.
Memandangkan hari ini merupakan hari cuti bagi menyambut Awal Ramadhan, Sk dan Pak Inche sepakat untuk bersahur di luar. Tak jauh pun, cuma ke Restoran Thoufeeq. Teh Tarik untuk Sk dan Teh O Panas dan Jus Oren pula untuk Pak Inche. Selain tu kami pesan Tosei seorang sekeping.
Kemahen lama ya menunggu.. Sk nampak macam kecoh jer kat dapur tu. Rupa-rupanya, tosei yang ditebar tak mahu menjadi, asyik melekat di kuali. Sudahnya, kami tukar pesanan ke Roti Telur seorang sekeping. Bos restoran berkali-kali minta maaf kerana kesilapan pihak mereka. Bagi Sk, tak ada rezeki nak makan tosei, kita redho saja la.
Okeylah.. nak melipat kain ni pulak haaa sambil layan K-Drama, 'Birthcare Centre'. Hari tu dah tengok lama tapi tak habis, ni la nak habiskan menengoknya.. 😆
selamat berpuasa :)
ReplyDeleteOh, Johor dan Kedah, cuti yek. Selamat beristirehat dan berpuasa, SK. :)
ReplyDeleteselamat berpuasa kak...senang berdua kak kedai je tak penat nak kemas dapur...
ReplyDeleteSelamat berpuasa SK 💐
ReplyDeleteSekolah anak³ selalu cuti 1 Ramadhan tp sbb baru je naik sekolah takdelah cuti haha...
Selamat berpuasa SK...bestnya cuti 1st Ramadan...
ReplyDeleteSy balik kerja semalam terus masak utk dinner dan sahur... pas maghrib makan then terus ke masjid.. sahur pun mkn ayam masak merah yg dimasak utk dinner tu je.. masak utk 2x mkn.. hehe... sy rasa sy x pernah bersahur di luar... nnt nk jugak try sbb anak² dh besar senang sikit.. selamat berpuasa dan berbuka ptg ni kak
ReplyDeleteWahhh....1st sahur kat luar yer..nampak sedap.
ReplyDeleteJohor & Kedah cuti 3 hari la yer..
Selamat berpuasa..
Sesekali nanti nak ajak Encik Suami sahur di luar. Ada restoran mamak dekat seberang jalan nun, 24 jam buka.
ReplyDeleteBestnya dapat sahur kat luar..hehehe...SA masih gigih masak nampaknya...selamat berpuasa SK..
ReplyDelete